Analisis Teknikal: AUDJPY – 7 Jun 2017

Salam.

Pair AUDJPY ini d lihat masih lagi mengekalkan trend bearishnya, walaupun price mampu bounce dari paras support 81.50. Kenaikan ini di lihat bersifat sementara dan sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk menjual pada harga yang lebih tinggi. Ini kerana saya yakin Yen akan kembali menjadi pilihan investor kerana faktor-faktor fundamental.

Jika anda lihat di sebelah kiri chart, paras support 81.50 pernah menjadi paras resistance ketika bulan Jun dan Julai 2016. Dan sekitar April 2017, paras ini bertukar fungsi menjadi support. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika price mampu bounce dari paras terebut kerana sudah establish buyers.

Namun, jika paras ini berjaya di pecahkan, next support terletak pada 80.30. Dan anda boleh lihat ada banyak lagi paras support di dalam chart ini.

Jika buyer ingin benar-benar menguasai chart ini, maka mereka perlulah memecahkan minor trendline yang saya lukiskan di dalam chart dan jika berjaya, next resistance terletak pada 83.30.

Saya bias bearish untuk pair ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *