Analisis Teknikal: EURUSD – 31 Ogos 2017

Salam.

Selepas satu breakout yang berlaku hari Jumaat yang lepas, nampaknya pair ini gagal untuk meneruskan kenaikan nya. Anda juga boleh lihat bagaimana satu evening star pattern telah terbentuk yang mana ini merupakan satu bearish reversal signal.

Selain itu, MACD juga telah menunjukkan signal bearish divergence; dengan MACD-H yang telah turn into negative teritory dan ianya mempunyai histo bar yang agak shallow.

Dengan adanya bearish divergence + evening star pattern, saya melihat pair EURUSD bakal melakukan satu pullback yang mana mungkin adalah permulaan kepada market reversal; sekiranya ia berjaya memecahkan paras strong support 1.1700/1.1660.

Sedikit tips saya ingin kongsikan. Jika berlaku bullish breakout ketika market sudah extended, ada kemungkinan ianya petanda awal yang buyer sudah penat (bullish exhaustion). Saya fikir inilah yang berlaku kepada pair ini ketika ini.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *