Analisis Teknikal: EURUSD – 9 Okt 2017

Salam.

Selepas satu bearish divergence yang di mulakan dengan shooting star pattern, pair ini sudah menjumpai paras support nya di area 1.1670. Berdasarkan kepada price action, saya jangkakan akan berlaku pullback sehingga ke area 1.1840/75, yang mana previously ialah paras support yang telah bertukar fungsi menjadi resistance.

Jika pullback ini berlaku, saya akan mencari sell signal di area 1.1840/75. Selain dari itu juga, saya akan memerhatikan kedua-dua moving average (10 dan 20 EMA) yang mana bertindak sebagai dynamic resistance. Ada kemungkinan, pullback dari pair ini akan sampai ke area moving average itu sahaja.

Namun begitu, jika momentum penurunan ini berlaku dengan kuat, maka ada kemungkinan support area 1.1670 akan di pecahkan. Jika ini berlaku, next support akan terletak pada area 1.14900. Ini di sokong oleh MACD yang menunjukkan bearish momentum.

Kesimpulan nya, saya bias kepada bearish untuk pair ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *