Analisis Teknikal: GBPJPY – 20 Jan 2018

Salam.

Secara teknikal nya kita melihat telah terbentuk satu rising wedge pattern di daily chart GBPJPY. Buat anda yang masih baru, rising wedges adalah bearish reversal pattern manakala falling wedges pula adalah bullish reversel pattern.

Untuk melihat reversal ini berlaku di dalam rising wedges, price mestilah break dan close di bawah support pattern ini.

Lain pula yang berlaku di chart GBPJPY ini. Oleh kerana kita melihat breakout yang berlaku di area resistance rising wedges, maka secara automatiknya kita mengandaikan yang price boleh meningkat lebih tinggi lagi.

Namun begitu,untuk rising wedges dan falling wedges, ini adalah satu pengecualian. Saya secara peribadi tidak akan buy selepas breakout ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman saya, pada kebanyakan masa, breakout ini akan turn out menjadi satu false break.

Dan inilah yang kita lihat di pair ini. False break dan close di bawah resistance rising wedges. Menggunakan horizontal line,saya telah menandakan area 153.80 sebagai garisan resistance. Dan oleh kerana, candle pada hari Jumaat lepas telah close di bawah paras ini, maka ia menguatkan lagi validity false breakout ini.

Apa lagi yang anda nampak? Ye, ada bearish engulfing pattern sebagai reversal signal dan perhatikan juga bagaimana price telah berada agak jauh dari 10 dan 20 EMAs (160 – 200 pip from EMAs). Ini menunjukkan ada kemungkinan akan berlaku pullback.

Selain dari EMAs, paras support rising wedges di area 151.50 dan 152.00 boleh menjadi next possible target untuk price. Breaking the support adalah satu kelebihan yang di tunggu-tunggu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *