Salam.
Ada perkembangan yang menarik berlaku di pair ini. Selain dari price yang menghampiri zon resistance 1.3035/50, pattern hanging man telah terbentuk pada hari Jumaat yang lepas. Dan lebih menarik lagi, harga low pattern ini berada di area support 1.2945/50.
Sekiranya paras low hanging man ini berjaya di pecahkan, saya melihat ada kemungkinan untuk price turun lagi sehingga ke area 1.2770/2800 support. Ini merupakan satu area support yang penting kerana terdapat banyak price action di situ.
Namun, jika GBP terus menguat dan usd melemah, ada kemungkinan zone resistance 1.3035/50 akan berjaya di pecahkan. Jika ini berlaku, next resistance terletak pada 1.3250.
Happy pipping!
Shufaad