Analisis Teknikal: GBPUSD – 30 Ogos 2017

Salam.

Secara teknikalnya, kita melihat satu bearish shooting star telah terbentuk di area resisrance 1.2970. Saya secara peribadi mahu melihat pattern seperti ini wujud selepas satu extended trend, baru lah ianya menjadi lebih meaningful.

Namun, oleh kerana terdapat resistance dan candle tersebut mempunyai upper shadow yang panjang, ia menunjukkan wujudnya seller di area resistance tersebut.

Selain itu juga, saya melihat 10 & 20 EMA yang masih lagi berada di dalam bearish trend. Belum ada lagi bullish crossover dari kedua-dua EMA ini. Based on this, saya jangkakan mungkin price akan menurun dan cuba untuk mencabar paras support yang terbentuk oleh satu morning star pattern di area 1.277o.

Namun, jika price decided untuk meningkat lebih tinggi, maka ia perlu memecahkan resistance area 1.2970 dan high shooting star tersebut. Next resistance terletak pada 1.3030.

Dengan news besar dari US seperti NFP dan lain-lain just around the corner, apa sahaja boleh terjadi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *