Analisis Teknikal Harga Emas

ANALISIS TEKNIKAL HARGA EMAS (ATHE)

Objektif kelas ini adalah mudah; kami (saya dan Syukor) ingin membantu anda, pelabur dan penyimpan emas fizikal untuk membeli dan menjual emas fizikal pada harga terbaik menggunakan ilmu analisis teknikal.

syukor_shufaad

Yup, ilmu analisis teknikal. Bukan main agak-agak atau main teka-teka.

Jadi, apa yang akan anda pelajari sepanjang 1 hari suntuk ini?:

  1. Saya akan mengajar anda bagaimana untuk memuat turun perisian MetaTrader4. Seterusnya membantu anda membuat setup. Jangan risau sekiranya anda buta komputer, kerana task ini hanya memerlukan anda klik dan klik sahaja.
  2. Selepas itu, saya akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan tools dan function yang ada di dalam perisian MT4 ini. Bila dah tau guna, baru senang nak buat analisis kan?
  3. Saya juga akan menerangkan tentang 2 intipati utama di dalam bidang Analisis Teknikal iaitu paras support dan resistance dan momentum.
  4. Nah, selepas itu saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan kedua-dua intipati utama ini untuk membeli dan menjual emas fizikal. Seperti saya katakan tadi bukan main agak-agak tau. Tapi ada rules yang kita kena follow.
  5. Oh ya! Skil yang saya ajarkan ini memang sesuai di gunakan untuk membeli dan menjual emas fizikal. Kalau spot gold, tak cukup. Kena datang kelas lain tu.
  6. Saya juga akan mencadangkan kepada anda apa yang perlu anda lakukan sekiranya selepas anda membeli emas fizikal, tiba-tiba harga nya turun lagi…mesti frust kan? Takpe. Saya ada.
  7. Dan saya juga akan membantu anda untuk mengira potensi keuntungan yang bakal anda dapat dengan menggunakan satu tools ajaib yang di beri gelaran KALKULATOR AJAIB. Fuh, nama un dah ajaib!

Ini bukan kali pertama ye saya dan Syukor menganjurkan kelas ini. Kami bermula semenjak dari tahun 2010 lagi. Tak percaya? Apa kata anda dengan testimoni alumni kelas ini:

Bagaimana? OK? Dah bersedia untuk hadir ke kelas hebat ini? Satu lagi kami nak tambah. Jikalau anda membuat keputusan untuk hadir, kami akan beri satu lagi jaminan mantap!

Jaminan kami ialah KAMI AKAN AJAR ANDA SAMPAI PAHAM. KALAU TAK PAHAM TAK BOLEH BALIK. (atau wang di pulangkan).

Yes! Takde apa yang perlu anda risau kan. Yang penting anda bersedia untuk belajar dan seterusnya membuat untung dari pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat.

Untuk jadual kelas seterusnya, sila lihat muka depan web ini.

Terima kasih dan sehingga berjumpa di kelas Analisis Teknikal Harga Emas 2015.

3 thoughts on “Analisis Teknikal Harga Emas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *