Analisis Teknikal: Silver (XAGUSD) – 6 April 2017

Silver, seperti mana gold, sedang berada di dalam bullish trend semenjak dari awal tahun 2017. Harga tertinggi yang di catatkan oleh silver adalah pada paras $18.47 (27 Feb 2017). Kemudian, berlaku satu pullback yang deep sehingga menghampiri paras fibo 61.8%. Harga low yang di catatkan pada pullback tersebut ialah pada paras $16.80. Dan semenjak dari itu, harga terus meningkat sehingga sekarang.

Saya melihat area resistance yang perlu di pecahkan oleh silver terletak sekitar $18.40/47. Jika ianya berjaya di pecahkan, berdasarkan momentum sekarang, maka kita akan melihat peluang untuk silver naik sehingga ke paras $19 adalah lebih cerah. Namun begitu, short term saya jangka kan akan berlaku satu lagi pullback. Paras support yang akan saya perhatikan terletak di $17.77 (gap), $17.40 (fibo 38.2%) dan sekitar $17.20.

Dengan andaian paras fibo 61.8% masih bertahan, maka saya melihat harga silver akan cuba kembali untuk mencabar area resistance yang sama. Jika anda peminat silver, maka ini merupakan peluang terbaik untuk membeli membuat keuntungan; sama ada di dalam spot silver mahupun di dalam fizikal silver.

Shufaad

Untuk membuka real akaun, sila klik: http://bit.ly/SayaTrader

Untuk menjadi IB, sila klik: http://bit.ly/SayaTraderIB

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *