Analisis Teknikal: USDCAD – 6 Ogos 2017

Salam.

Di atas ini adalah weekly chart untuk pair USDCAD. Kelihatan bullish engulfing pattern terbentuk di satu area support. Dan kebetulan juga, area support terdahulu ini juga di bentuk oleh satu bullish engulfing pattern sekitar awal bulan Mei 2017.

Secara teknikalnya, saya menjangkakan akan berlaku bounce dari area support tersebut dengan target resitance on weekly terletak pada fibonacci 38.2% atau paras 1.2940. Sekiranya ini berlaku, ianya adalah kenaikan hampir 300 pip untuk pair ini.

Jika sebaliknya berlaku, dan area support ini berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada swing low seterusnya iaitu di 1.2126 dan 1.1918.

Dengan penurunan yang begitu steep dari pair ini, saya lebih bias kepada retracement yang bakal berlaku di area support sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *