Analisis Teknikal: USDJPY – 30 Mei 2017

Salam.

Kelihatan trend bearish di pair ini masih lagi berterusan, di tambah lagi dengan kegagalan price untuk stay di atas garisan trendlne setelah ianya di pecahkan pada 8 mei yang lepas. Satu long black candle telah terhasil pada 17 Mei dan akhirnya membawa price kembali di bawah paras trendline.

Near support terletak pada 110.22; anda boleh lihat di terdapat beberapa bounce dari paras tersebut sebelum ini. Jika ianya berjaya di pecahkan, saya melihat gap di area 109.40/60 mampu di close. Ultimate target untuk price sekiranya bearish trend ini berterusan terletak pada area 108.12/40; kali terakhir harga singgah di area tersebut ialah pada 17 April 2017.

Namun, sekiranya USD berjaya menjumpai rentaknya, ianya perlu berhadapan dengan area resistance 111.80/112.10. Jika anda perhatikan, paras resistance ini merupakan satu paras yang kuat kerana ianya pernah menjadi paras support sebelum ini dan sekarang bertukar fungsi menjadi paras resistance; buat kali kedua.

Saya bias bearish untuk pair ini.

Shufaad.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *