Analisis Teknikal: XAUUSD – 13 Sept 2017

Salam.

Gap yang berlaku pada hari Isnin yang lepas nampaknya belum mampu di tutup oleh price. Mungkinkah ini petanda bearish trend akan bermula?

Jika di lihat dari price action, saya jangkakan akan bermula pullback sehingga ke area 1316 (20EMA) dan mungkin ke area support di pyscho level 1300. Historically, 20EMA pernah menjadi support yang baik untuk price manakala psycho level 1300 sebelum ini adalah area resistance yang telah bertukar fungsi menjadi support.

MACD H berada di bawah 0.00 manakala MACD line dan signal telah melakukan crossover.

Saya melihat potensi pullback untuk chart ini adalah amat cerah, secara teknikalnya. Unless ada news fundamental yang boleh menolak price kembali.

Jika anda pelabur emas fizikal, saya harap anda telah jual sebahagian emas anda. Lepas ni, baru restock k.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *