Analisis Teknikal: XAUUSD – 21 Sept 2017

Salam.

Gold berada di area support yang agak penting sekarang, iaitu di 1300. Sekiranya paras support ini berjaya di pecahkan, next support terletak pada 1290 dan juga fibonacci 50% di 1281.

Berdasarkan kepada trend harga gold few years back, ada kemungkinan harga gold terus menurun sehingga ke hujung tahun. Salah satu faktor yang akan menjadikan perkara ini suatu realiti ialah dengan kembalinya keyakinan investor terhadap USD.

Jika area 1300 berjaya bertahan, next resistance terletak pada 1316. Namun begitu, saya merasakan yang ianya adalah short live. Malah area ini boleh menjadi area seller kembali menjual dan re test area 1300.

Saya agak bearish kepada gold based on market trend namun saya juga akan memerhatikan apa yang bakal berlaku di USD index dan USDJPY sebagai guide line.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *