Crude Oil 30 Okt 2018

Salam.

Saya mulakan analisis ini dengan weekly chart.

Based on chart di atas, anda boleh bagaimana terdapat satu bearish divergence signal telah pun terbentuk. Entry terbaik jika anda ingin sell di market ini hadir pada signal shooting star, kira-kira 3 minggu lepas. Bagaimana pula jika anda ingin sell sekarang? Apa yang perlu anda perhatikan?

Secara teknikalnya;

  1. Price perlu break dan close di bawah $66.00 sebelum any short position boleh di ambil.
  2. Near profit target terletak pada $64.40 dan $60.00.
  3. Jika price kembali menghala ke resistance $70.00, ini juga adalah peluang untuk saya sell.
  4. Namun jika ianya melebihi dari area tersebut, maka mungkin saya harus mempertimbangkan niat untuk sell di market ini.
  5. Bias saya masih lagi bearish memandangkan view di weekly dan monthly masih lagi bearish.
  6. Perhatikan chart oil ini di monthly time frame. Ada bearish engulfing kan? Standby ye.

Terima kasih

NZDJPY 17 Okt 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Price telah pun bounce dari support area 72.30. Dan ini merupakan kali ke 3 price menguji paras support tersebut. Ini menunjukkan adanya strong buyer di area tersebut.
  2. Walaupun trend masih lagi bearish, tetapi kebarankalian ianya bakal berubah kepada bullish sudah semakin jelas.
  3. Selain dari garisan trend line menurun yang mesti di pecahkan oleh price, saya melihat resistance area 75.00 dan seterusnya 75.50 adalah sangat kritikal. Jika price berjaya memecahkan kedua-dua resistance area ini, kemungkinan besar kita akan melihat pengakhiran untuk bearish trend dan permulaan untuk satu bullish trend berlaku.
  4. Perhatikan juga bagaimana MACD mencatatkan momentum yang semakin positif meskipun MACD line dan signal masih lagi berada di bawah garisan 0.00.
  5. Ada perkembangan menarik yang berlaku di time frame H4 yang mana telah membuatkan saya memberikan trading signal di SOTG.
  6. Terdapat satu inverse head and shoulder pattern di H4. Rujuk chart di bawah untuk melihat pattern tersebut.

Terima kasih.