Pullback di gold dan silver

Jika anda bullish di gold dan silver, saya yakin pullback ini adalah sesuatu yang anda nantikan.

Ya, memang ada kekuatan dari USD index tetapi saya berpendapat ianya bersifat sementara.

Faktor fundamental seperti ;

  • market Asian dan Chinese yang agak slow di sebabkan oleh perayaan Chinese New Year
  • Kesudian Presiden Trump untuk berjumpa dan makan malam bersama dengan Fed Chairman, Jerome Powell dan Treasury Secretary Steve Mnuchin dilihat sebagai satu perkara yang positif (ada ura-ura yang mengatakn Trump ingin memecat Powell sebelum ini).
  • Positive progres dari US-China trade relations.
  • Market oil yang sedikit menurun juga membantu pullback dari gold dan silver (outside factor)

Atas faktor-faktor di atas, saya merasakan yang penurunan di dalam harga gold dan silver ini adalah bersifat sementara dan saya masih lagi bullish untuk kedua-dua precious metal ini.

Spot Gold: Mampukah harga close di atas paras psycho $1100?

Salam semua.

gold 7 Jan 2016

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada beberapa perkara positif yang berlaku kepada harga emas;

  1. Double bottom pattern telah di confirmkan dengan breaknya paras resistance 1088.
  2. Triangle patten juga telah di break oleh price
  3. Faktor geopolitikal dan kejatuhan saham di China dan seluruh dunia memberi kelebihan kepada emas sebagai safe haven aset.

Baik. Untuk mengconfirmkan near term bullish ini, price perlu break dan close di atas paras psycho $1100. Apabila paras ini berjaya di break maka saya melihat kebarangkalian price untuk ke paras resistance $1150 dan seterusnya $1191/1200 adalah amat cerah.

Seperti biasa untuk minggu pertama ini, para traders akan menunggu news besar dari US iaitu NFP dan Average Hourly Earnings. Agak mengejutkan apabila ADP mencatatkan jumlah yang agak tinggi (257K vs 193K) memandangkan Manufacturing  (48.2 vs 49.1) dan Non Manufacturing (55.3 vs 56.0) PMI tidak mencatatkan angka yang bagus. Ini kerana data ADP is totally berkaitan dengan sektor swasta.

Jika NFP mencatatkan jumlah yang tinggi seperti ADP, ini akan menjadi pentunjuk penting kepada para pemain pasaran bahawa Fed berada di landasan yang betul- terutamaya di dalam polisi menaikkan interest rate mereka. Dan sekali lagi, perhatikan kadar gaji atau Average Hourly Earnings. Ia juga harus selari atau setidak-tidaknya tidak berubah dari bulan sebelumnya. Ini juga adalah key point penting kepada Fed.

Dan if all things turn well, we shall welcome gold’s bull (atleast for near term).