NZDCHF 16 Okt 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Sudah hampir 6 bulan pair ini berada di dalam bearish trend dan jika paras resistance 0.6510 berjaya di pecahkan, kemungkinan pair ini akan meningkat dengan lebih tinggi.Next resistance area terletak pada 0.6615/50.
  2. Sekiranya ini terjadi, ia juga akan melengkapkan satu cup and handle pattern oleh pair ini.
  3. Namun, sekiranya resistance 0.6510 berjaya di pertahankan, maka kemungkinan price akan kembali turun dan mencabar support area 0.6370.

Terima kasih

NZDJPY – 27 Sept 2018

Salam semua.

Saya mulakan dengan daily chart pair NZDJPY.

Kita dapat lihat dengan jelas terdapat satu shooting star pattern di pair ini. Jika anda menggunakan setup #3 SCS, saya pasti anda telah short ketika ini. Apa itu setup #3? Anda boleh download SCS di bahagian depan website ini ye.

Tapi jika anda terlepas, sebenarnya terdapat satu lagi peluang untuk sell short. Tapi di bukan di Daily ye. Ianya boleh di lihat di H4.

Jika anda perhatikan, price sekarang berada di area support 74.80 Jika price berjaya memecahkan support ini, ada kebarangkalian kita akan melihat double top pattern terbentuk.

Price target dari double top pattern ini terletak di support 3 pivot atau di area 74.10.

Namun sekiranya price bounce dari area support ini, maka kebarangkalian price akan cuba mencabar resistance 75.00 dan seterusnya 75.50.

Happy piping semua!

AUDUSD 25 July 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair ini sedang membina satu base yang baik di sini. Perhatikan price action di area support.
  2. Price juga telah berjaya embuat satu breakout terhadap satu minor trendline yang bermula dari 7 Jun 2018.
  3. Resistance terdekat ialah di area 0.7440.  Ada sekurang-kurangnya 4 kali occasion di mana price cuba untuk memecahkan resistance ini tetapi gagal.
  4. Jika price berjaya melepasi area resistance ini, next resistance terletak pada 0.7480 dan seterusnya di area 0.7530. Resistance 0.7480 juga pernah menjadi area support. Lihat price action pada 30 Mei 2018.
  5. Resistance 0.7530 juga agak menarik. Selain pernah menjadi support sebanyak 3 kali bermula dari 23 Mei 2018, ada satu garisan trendline major yang saya lukiskan dari 16 Februari 2018 menjadi resistance.
  6. Namun, jika sebaliknya berlaku dan seller menguasai semula pasaran ada kemungkinan price akan kembali ke area support 0.7310.
  7. Saya bias bullish untuk pair ini.