EURJPY 5 Oktober 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair ini sedang menghampiri area support 130.75. Buat pengetahuan anda, area support telah 2 kali di uji sebelum ini dan pernah juga menjadi resistance area. Rujuk chart di atas untuk lebih jelas.
  2. Jika buyer berjaya mempertahan kan support area ini, ada kemungkinan price akan meningkat. Ini memandangkan price sedang berada di mean reversion area dan juga berada di dalam trend menaik.
  3. Untuk itu, saya akan menunggu sekiranya terbentuk bullish candlestick pattern di area support tersebut sebelum saya mula membeli.
  4. Resistance terletak pada area 132.00 dan seterusnya 133.10.
  5. Namun, jika seller bertambah kuat, saya melihat ada kebarangkalian price boleh jatuh ke area 129.45. Sebelum itu, seller juga perlu memecahkan garisan trendline yang saya lukis dari pertengahan Ogos 2018.

Terima kasih.

p/s: Anda ingin mendapatkan education program terbaik di dalam forex? Jom sertai saya sekarang. http://www.melakafx.com/education-program/

GBPJPY 27 Mei 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair ini sedang berada di dalam bearish trend. Namun berdasarkan kepada pergerakan harga semasa, ia sudah berada agak jauh dari EMA selain dari berada dekat dengan area support 145.00.
  2. Saya prefer melihat price kembali naik ke area resistance 147.00 sebelum membuka sebarang new sell position. Area ini merupakan area support untuk beberapa kali; yang mana paling latest ialah pada awal bulan Mei yang lepas.
  3. Next support terletak pada low 2 Mac 2018 iaitu di area 145.00. Jika area ini berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada 143.00.
  4. Jika buyer ingin kembali menguasai pasaran, saya fikir mereka harus break dan close di atas resistance 147.00 dahulu. Next resistance terletak pada area 150.00; yang mana merupakan satu area yang kuat. Ia juga ada lah lower high untuk bearish trend ini.
  5. Kesimpulan, saya bearish untuk pair ini.

Terima kasih.

EURAUD 10 April 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair EURAUD sangat berpotensi untuk menghasilkan satu head and shoulder pattern sekiranya price berjaya break dan close di bawah garisan neckline.
  2. Jika ini berlaku, price projection untuk pair ini akan membawa price ke area 1.5620; yang mana ia juga akan bertembung dengan garisan major trendline.
  3. Untuk bearish trend tersebut bersambung, maka price perlu lah break dan close di bawah trend line. Jika tidak, kesempatan ini akan di gunakan oleh buyer untuk kembali menguasai market.
  4. Namun, jika price gagal untuk break dan close di bawah neckline, ada kemungkinan juga buyer akan kembali. Next resistance terletak pada right shoulder di area 1.6060.
  5. Jika resistance ini berjaya di pecahkan, maka tidak mustahil price boleh melonjak sehingga ke area head iaitu di area harga 1.6190. Sekiranya ini berlaku, maka tidak ada harapan lah untuk kita melihat pattern head and shoulder ini terbentuk.

Terima kasih.