NZDJPY 17 Okt 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Price telah pun bounce dari support area 72.30. Dan ini merupakan kali ke 3 price menguji paras support tersebut. Ini menunjukkan adanya strong buyer di area tersebut.
  2. Walaupun trend masih lagi bearish, tetapi kebarankalian ianya bakal berubah kepada bullish sudah semakin jelas.
  3. Selain dari garisan trend line menurun yang mesti di pecahkan oleh price, saya melihat resistance area 75.00 dan seterusnya 75.50 adalah sangat kritikal. Jika price berjaya memecahkan kedua-dua resistance area ini, kemungkinan besar kita akan melihat pengakhiran untuk bearish trend dan permulaan untuk satu bullish trend berlaku.
  4. Perhatikan juga bagaimana MACD mencatatkan momentum yang semakin positif meskipun MACD line dan signal masih lagi berada di bawah garisan 0.00.
  5. Ada perkembangan menarik yang berlaku di time frame H4 yang mana telah membuatkan saya memberikan trading signal di SOTG.
  6. Terdapat satu inverse head and shoulder pattern di H4. Rujuk chart di bawah untuk melihat pattern tersebut.

Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *