Analisis Teknikal: S&P 500 – 20 Feb 2017

Salam.

Semenjak dari kemenangn Trump di dalam pemilihan Presiden US tahun lalu sehinggalah sekarang, S&P telah mencatatkan rekod harga tertinggi. Yang terkini, harga tertinggi nya ialah pada 2353.22. Sebarang retrace atau pullback dari price di lihat sebagai satu peluang untuk membeli lagi.

Sebagai contoh, chart H4 di atas kelihatan telah bounce dari paras support 2339 dan sedang menuju ke paras tertinggi 2353. Jika ianya berjaya di pecahkan, maka rekod tertinggi lagi akan dicatatkan oleh S&P.

Namun sekiranya paras 2353 berjaya bertahan, dan price kembali retreat ke paras support 2339, maka ianya akan bertindak menjadi paras neckline. Jika paras neckline ini berjaya di pecahkan, maka kita akan pihat double top pattern terbentuk di chart ini. Dan target kita seterusnya adalah pada paras 2325.

Sehingga kini, Trump adalah faktor utama kenaikan pasaran ekuiti. Tetapi adakah ianya akan bertahan lama? Kita tunggu, lihat dan trade!

Analisis Teknikal XAUUSD – 7 Feb 2017

Salam.

 

 

 

 

 

 

 

 

Berdasarkan kepada chart XAUUSD (Gold) di atas, adalah jelas bahawa emas sekarang berada di dalam satu trend bullish apabila ia mencatatkan harga low dan higher low, manakala harga sekarang telah break dari previous high (higher high). Ini merupakan sesuatu yang normal kerana harga emas memang mempunyai kecenderungan untuk naik di awal tahun.

Jika trend kenaikan ini berterusan, paras resistance 1250 akan di cabar oleh harga emas. Dan jika paras ini berjaya di pecahkan, maka next resistance akan berada pada zone 1300/05.

Jika sebaliknya berlaku (false break), harga emas di jangka boleh turun di bawah paras 1218 dan mungkin kembali mencabara paras 1180.

Walaubagaimanapun, saya bias bullish untuk gold – at least sehingga 1250.

Analisis Teknikal 29 Dec 2016: Oil kelihatan kukuh

Salam.

oil-29-dec-2016

Secara teknikalnya;

  1. Harga oil telah berjaya melepasi paras resistance yang merupakan satu paras resistance yang kuat bagi oil. Anda boleh bagaimana terdapat tidak kurang dari 4 percubaan untuk memecahkan paras ini tetapi end up gagal.
  2. Harga oil juga di lihat berada di atas 100 dan 200 MA, yang mana menunjukkan ianya berada di dalam trend bullish.
  3. Resistance terhampir dengan harga oil sekarang ialah $54.50; yang mana saya rasakan tidak sukar untuk di pecahkan.
  4. Target untuk oil adalah untuk menghampiri area $61, yang mana merupakan satu area resistance yang kuat bagi bulan Mei dan Jun 2015.

Satu berita baik yang di terima oleh Oil ialah persetujuan negara-negara pengeluar minyak di dalam OPEC dan Rusia (luar OPEC) untuk menghadkan pengeluaran minyak masing-masing. Walaupun ianya akan berkuatkuasa tahun hadapan, tetapi tanda positif kenaikan ini telah mula dirasakan sekarang.

Kesimpulannya, saya bullish untuk oil memasuki 2017.

Analisis Teknikal: XAUUSD 21 Nov 2016

Salam.

gold-h4-21-nov-2016Secara teknikal nya;

  1. Terdapat bullish divergence signal di time frame H4.
  2. Resistance terhampir ialah di 1230 dan 1250.
  3. Penggerak utama kepada kenaikan harga ini ialah USD Index yang mungkin akan melakukan retracement.
  4. Oleh kerana kenaikan ini di intraday chart, maka saya melihat ianya bersifat sementara (near term).
  5. Peluang untuk sell wujud di area 1250 dengan gold di jangka kembali menguji paras $1200.
  6. Tumpuan trader/investor sekarang terarah kepada Fed/Yellen ; FOMC meeting yang akan berlangsung pada 15 Disember.
  7. Selain dari market ini, saya akan mengambil berat tentang USD Index, pasaran ekutiti (S&P dan Dow) dan juga US Bond.

TQVM

Analisis Teknikal – GBPUSD 10 Nov 2016

Salam.

gbpusd-daily-10-nov-2016

Secara teknikalnya, saya melihat pair ini mampu meningkat lebih tinggi sekiranya paras resistance 1.2560 berjaya di pecahkan (breakout). Jika ianya berlaku, maka resistance seterusnya terletak pada paras 1.2727 (fibo 50%) dan seterusnya pada paras fibo 61.% (1.2896) atau 1.2900 (round number).

MACD sebagai petunjuk momentum sudah menunjukkan tanda-tanda yang ia ingin naik lebih tinggi. Selain dari itu, terdapat bullish divergence signal yang telah di tunjukkan oleh MACD sekitar pertengahan bulan Oktober.

Namun begitu, sekiranya paras resistance 1.2560 tidak berjaya di pecahkan dan dollar menjadi semakin kuat, maka support 1.2345/50 adalah paras yang perlu di pecahkan.

Secara keselruhan, saya bias bullish kepada pair ini.