Fundamental: ADP turun, Manufacturing PMI turun, NFP?

Salam traders.

Semalam, 2 news besar dari US telah di keluarkan iaitu ADP Employment report dan ISM Manufacturing PMI.

ADP dan ISM Manufacturing PMI
ADP dan ISM Manufacturing PMI

Berdasarkan kepada diagram di atas, kita dapat perhatikan bagaimana data dari ADP telah jauh tersasar dari apa yang di forecast oleh para economist iaitu sebanyak 38,000 (227K – 189K). Buat pengetahuan anda , ADP mencatatkan bilangan orang yang  bekerja di sektor swasta sahaja dan ianya tidak termasuk orang yang bekerja di ladang (farm) dan juga di sektor kerajaan.

Data ADP ini di gunakan oleh trader dan investor sebagai data pre-lim kepada data yang lebih besar iaitu Non-Farm Payroll atau NFP. Maknanya, jika data ADP lemah, maka ada kemungkinan data yang bakal di keluarkan oleh BLS tentang NFP juga akan lemah.

Namun begitu ada juga sesetengah trader yang menggunakan data ini (ADP) sebagai contradictor kepada NFP. Maknanya, jika data ADP lemah, most likely di NFP akan naik. Pendapat ini benar berdasarkan kepada trend data untuk 2 tahun kebelakangan ini.

Data ISM Manufacturing PMI yang di keluarkan juga agak tersasar dari yang di forecast iaitu sebanyak 1.0 (52.5-51.5). Walaupun ianya menunjukkan industri masih lagi expand tetapi ia berlaku dengan perlahan (slow pace).

Satu perkara penting yang perlu di ambil kira adalah dengan nilai USD Index yang semakin meningkat, ianya seolah-olah satu curse kepada pasaran ekuiti tempatan seperti S&P500, Dow dan Nasdaq (eksport) juga kepada pasaran emerging market seperti Brazil,Mexico dan South Africa (pinjaman dan bond).

S&P 500
S&P 500

Sebagai contoh, anda boleh perhatikan bagaimana S&P 500 terus mencatatkan penurunan dan di jangka akan turun melepasi paras support 2037 di dalam minggu hadapan.

Dan jika dollar terus menguat, saya berpendapat Fed tidak akan menaikkan interest rate dalam jangkamasa terdekat.

Apapun, data NFP akan menjadi sesuatu sangat penting untuk di perhatikan. Jika ianya lemah atau kurang dari 200K, maka retracement bakal berlaku di kebanyakan pasaran; samada pasaran currency mahupun ekuiti. Mungkin ketika ini ianya bagus jika NFP lemah ;).

Happy pipping!

 

S&P 500: Mungkinkah satu double top?

Salam traders.

S&P 500 Daily chart
S&P 500 Daily chart

Melihat kepada chart S&P 500 di atas, terdapat kemungkinan akan berlaku double top pattern sekiranya paras neckline 2040 di tembusi (breakout). Walaupun ianya masih terlalu awal untuk mengatakan demikian, tetapi kegagalan price untuk mencatatkan new high merupakan petanda awal kemungkinan besar berlaku profit taking activity di dalam pasaran ekuiti.

Saya juga melihat 100 SMA sebagai satu dynamic support level yang mesti di pecahkan dahulu oleh price kerana berdasarkan kepada history, MA ini telah beberapa kali berjaya menjadi support yang kuat.

Sebarang kejatuhan di chart ini dan di USD Index akan memberi gambaran fund akan bergerak ke pasaran lain. Mungkin ke safe haven aset, mungkin ke safe haven currency yang lain, mungkin ke pasaran bond dan mungkin juga ke pasaran ekuiti negara yang lain. Sebagai trader, salah satu tugas kita ialah untuk follow the money.

So, selamat follow dan Happy Pipping!

Shufaad

ETF: GLD menunjukkan peningkatan

Salam traders.

GLD 24 Mac 2015
GLD 24 Mac 2015

Jika anda peka kepada permintaan dan penawaran (supply and demand) emas dunia, salah satu faktor utama yang menggerakkan harga emas dunia adalah ETF atau pun Exchange Traded Fund. Jika anda ingin tahu apa itu ETF dengan lebih lanjut, saya cadangakan anda dapatkan buku Analisis Fundamental Harga Emas yang telah saya dan Syukor hasilkan.

Berdasarkan kepada pergerakan harga di dalam chart GLD di atas, anda dapat lihat dengan jelas bagaimana permintaan terhadap derivative ini semakin meningkat. Harga GLD telah pun bounce dari paras terendah 109.67 (5 November 2014) manakala paras resistance terhampir terletak di upper part of gap iaitu di 115.00 manakala seterusnya terletak pada 117.00.

Salah satu faktor yang menyumbang ke arah kenaikan ini adalah krisis yang berlaku di antara Euro (ECB dan German) dengan kerajaan baru Greece berhubung isu pelan pembayaran semula Greece. Jika penyelesaian tidak berjaya di capai di antara Euro dan Greece, saya melihat ada nya kemungkinan untuk Greece keluar dari Euro dan ini mungkin akan mendorong lebih banyak kenaikan di dalam GLD.

Fundamental moves the price. Agree?

Happy Pipping!

Shufaad