Analisis Teknikal: GBPUSD – 19 Jun 2017

Salam.

Tidak di nafikan GBP adalah merupakan currency yang paling volatile sekarang. Sesudah di kejutkan dengan serangan bom, kemudian keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada parti pemerintah, dan yang terkini kebakaran apartment yang mengorbankan lebih dari 50 orang, keadaan politik dan sosial UK sekarang bukan pada tahap terbaik.

Senario seperti ini sudah tentunya membimbangkan para investor seluruh dunia.

Secara teknikalnya, saya masih lagi beranggapan pair ini akan berpeluang untuk turun lagi. Resistance terdekat terletak pada area 1.2775. Ini merupakan paras resistance yang kuat. Oleh itu, saya akan mencari sell signal di area tersebut. Jika price berjaya break dan close di atas area 1.2775 tersebut, masih ada lagi satu trendline yang akan menjadi dynamic resistance bagi price. Itu pun boleh menjadi peluang untuk saya sell.

Support terdekat terletak pada area 1.2655. Break dan close di bawah area tersebut akan membuka jalan kepada lebih banyak penurunan di dalam pair ini.

Overall, saya bias bearish kepada GBPUSD.

TQVM

Analisis Teknikal: NZDUSD – 14 Jun 2017

Salam

Semenjak dari bulan Mei 2017, pair ini sedang berada di dalam trend menaik. Sudah tentulah the best position ialah buy. Namun begitu, tanda-tanda bull agak kepenatan sudah mula ternampak.

Jika anda perhatikan MACD, ketika harga naik, MACD mencatatkan paras yang lebih rendah dari sebelumnya. Ini adalah tanda-tanda bearish divergence. Selain itu, harga high untuk 5 atau 6 candle kelihatan sama; seolah-olah ada strong seller bersedia menjual di situ.

Terdapat paras resistance terdekat di 0.7240. Sekiranya bull ingin meneruskan pengusaan nya, saya fikir resistance ini perlulah di pecahkan. Namun sekiranya bear pula yang menguasai pasaran, saya ingin melihat price break trendline tersebut dan close di bawah 0.7196; harga low hanging man semalam.

Jika ianya berjaya, ini akan membuka peluang untuk price turun lagi sehingga 0.7170 dan seterusnya 0.7125.

Saya akan mengambil langkah tunggu dan lihat untuk pair ini.

Shufaad

<<Klik link ini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade NZDUSD di FXPrimus>>

Analisis Teknikal: Gold – 13 Jun 2017

Salam.

Area resistance 1295/1300 telah terbukti merupakan area resistance yang kuat. Setelah gagal memecahkan nya, seller kini di lihat berpotensi untuk menolak price gold jatuh lebih rendah.

Support terdekat terletak pada 1260 di TF H4. Jika ianya berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada 1246.

Sebaliknya, jika price gold ingin meningkat kembali, resistance terdekat yang perlu di hadapi ialah di area 1280 dan kemudiannay di kembali ke area 1295/1300.

Dengan Fed yang di jangka bakal mengumumkan kenaikan interest rate, saya melihat ini adalah peluang kepada USD untuk kembali kuat, setelah melemah dari awal tahun 2017 sehingga sekarang. Dan jika ini berlaku, ianya merupakan satu berita buruk kepada gold.

Saya bias bearish untuk gold dengan key factor terletak pada kenaikan interest rate dari Fed.

Analisis Teknikal: EURUSD – 9 Jun 2017

Salam.

Secara teknikalnya saya melihat ada satu bearish divergence signal di daily TF di pair EURUSD ini. Resistance area terletak di paras 1.1250/80. Jika price berjaya stay di bawah resistance area ini, saya berpendapat price mampu untuk turun lebih rendah lagi.

Near support terletak pada area 1.1100. Jika paras ini berjaya di pecahkan dan daily price close dibawah paras ini, ada kemungkinan price akan turun ke next support di area 1.1015. Next strong support terletak pada area 1.0860.

Jika price tidak berjaya break 1.1100, bullish trend untuk pair ini akan resume semula dan akan kembali mencabar area 1.1250/80.

Sebagai langkah extra careful, saya akan memantau USD Index untuk melihat situasi semasa USD; melemah atau menguat.

Shufaad

<<Klik sini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade EURUSD di FXPrimus>>

 

Analisis Teknikal: AUDJPY – 7 Jun 2017

Salam.

Pair AUDJPY ini d lihat masih lagi mengekalkan trend bearishnya, walaupun price mampu bounce dari paras support 81.50. Kenaikan ini di lihat bersifat sementara dan sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk menjual pada harga yang lebih tinggi. Ini kerana saya yakin Yen akan kembali menjadi pilihan investor kerana faktor-faktor fundamental.

Jika anda lihat di sebelah kiri chart, paras support 81.50 pernah menjadi paras resistance ketika bulan Jun dan Julai 2016. Dan sekitar April 2017, paras ini bertukar fungsi menjadi support. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika price mampu bounce dari paras terebut kerana sudah establish buyers.

Namun, jika paras ini berjaya di pecahkan, next support terletak pada 80.30. Dan anda boleh lihat ada banyak lagi paras support di dalam chart ini.

Jika buyer ingin benar-benar menguasai chart ini, maka mereka perlulah memecahkan minor trendline yang saya lukiskan di dalam chart dan jika berjaya, next resistance terletak pada 83.30.

Saya bias bearish untuk pair ini.