Spot Gold: Near term bullish dari gold

Salam semua.

gold 11 ogos 2015

Secara teknikal nya, ada beberapa perkara positif telah berlaku pada harga emas.

1. Harga telah break dari satu pattern pennant. Cumanya, ianya break ke atas walaupun biasnya (melihat kepada trend dan flagpole) ialah ke bawah (bearish).

2. Harga semalam close di atas psycho level $1100, selepas beberapa percubaan yang gagal.

3. Telah berlaku MACD crossover dan histogram flipping. Ini mencadangkan momentum harga mempunyai keupayaan untuk meningkat naik.

Paras resistance yang terdekat ialah di $1131 dan $1143, yang mana ianya merupakan harga low bagi candle bertarikh 7 Nov 2014 dan 17 Mac 2015 (latter was tested twice sebenarnya).

Pada pendapat saya, ini tidak lebih dari satu retracement. Sebagai seorang trader, saya akan mempunyai peluang untuk sell short di area resistance di atas tadi. Sebagai seorang penyimpan emas fizikal, tidak banyak beza harga di dalam ringgit kerana kelemahan RM di pasaran. Oleh yang demikian, belum ada signifikan keuntungan yang boleh saya buat.

Happy piping!

 

Bursa: Channel breakout dari KUB

Salam traders.

KUB daily 14 July 2015

Berdasarkan kepada aktiviti yang berlaku di chart di atas, saya melihat harga telah pun melakukan breakout dari satu downward channel. Breakout ini menjadi lebih signifikan selepas berlaku nya satu gap. Namun begitu, kekurangan volume adalah satu drawback kepada setup ini.

Stop loss akan di letakkan di 0.35, iaitu di bawah satu bullish engulfing patternĀ  manakala take profit level ialah di paras resistance 0.42 dan seterusnya 0.46. Ultimately, paras resistance seterusnya akan berada di 0.48.

Jika anda kekurangan idea atau tak tau nak beli stok apa, why not try beli stock yang saya cadangkan ini. Dengan harga close 0.39, ianya sesuai untuk di miliki kerana sangat murah dan tidak memerlukan modal yang besar; terutamanya untuk para newbie.

Terima kasih dan happy pipping!

Shufaad

Spot Gold: Price confirmation di perlukan untuk bull kembali

Salam traders.

gold daily 7 julai 2015

Kesan dari ‘No’ vote dari Greece masih belum mampu untuk menolak harga emas kembali. Tetapi ada satu lagi peristiwa yang perlu kita perhatikan. Dan ianya bukan berlaku di Europe.

China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia dan pengguna emas terbesar dunia sedang mengalami masalah dengan stock market nya. Di dalam tempoh 3 minggu, indeks utamanya telah jatuh sebanyak 30%. Ini merupakan sesuatu yang membimbangkan bagi kerajaan China dan pemain industri di sana.

Kebimbangan ini mungkin boleh di terjemahkan kepada pembelian safe haven atau panic buying dari investor dan traders. Jual saham, dapat cash, kemudian shopping emas. Kemungkinan ianya boleh terjadi.

Secara teknikalnya, emas masih lagi berada di dalam trend menurun. Namun sekarang ianya sudah hampir dengan satu support zone di paras $1162.88 dan $1157. Jika zone ini berjaya di pecahkan, maka next support level akan terletak di paras $1142.59.

Untuk bullish kembali menguasai pasaran dan mengesahkan kehadiran bargain hunter, price hendaklah break satu minor trendline dan seterusnya break dan close di atas paras resistance $1175. Resistance seterusnya terletak pada paras $1188.10.

Walaupun MACD masih lagi bearish, tetapi saya mengesan kemungkinan berlakunya Elder’s Bullish Divergence. Masih terlalu awal, tetapi tanda-tanda itu sudah pun wujud. So traders, get ready k!

Happy pipping!