Bursa: Cup dan Handle pattern di Xinquan

Salam traders.

Xinquan 15 april 2015
Xinquan 15 april 2015

Buat pengetahuan anda, Xingquan (Xinquan) International Sports Holdings Limited ialah sebuah syarikat pembuatan kasut dan aksesori kasut yang berasal dari China.

Berdasarkan kepada chart di atas yang saya ambil dari i-Trade@CIMB, paras 0.605 merupakan satu paras resistance yang kuat. Area yang sama juga pernah menjadi resistance sekitar penghujung bulan Ogas sehingga pertengahan bulan September tahun 2014.

Secara teknikal nya, harga telah membentuk satu pattern yang di kenali sebagai cup and handle pattern. Sekiranya paras resistance 0.605 di pecahkan, maka ada kemungkinan harga akan meneruskan trend bullish nya. Pada masa yang sama juga, saya melihat adanya bearish engulfing pattern yang terbentuk. Ini merupakan satu signal yang menunjukkan harga akan mengalami retracement.

Support terletak pada neckline 0.530. Jika neckline ini di pecahkan maka saya melihat kemungkinan trend bullish untuk pasaran ini akan di gantikan dengan near term bearish. Dan di sebabkan kita tak boleh membuat sell short di Bursa, so langkah terbaik ialah makan pop corn depan TV je. Hehe.

Terima kasih dan Happy Pipping!

Spot gold: Short term bearish trend bakal bermula semula

Salam traders

gold daily 9 april 2015
gold daily 9 april 2015

Sekarang ini, kenaikan harga emas adalah bersifat sementara. Apabila perang berlaku, harga emas akan melonjak sedikit, kemudian turun semula. Apabila data dari US teruk; contohnya NFP baru-baru ini, harga emas melonjak kembali. Dan seperti yang di duga, ianya jatuh kembali.

Secara teknikalnya, anda boleh melihat satu shooting star pattern yang terbentuk pada 6 April yang kemudiaanya di ikuti dengan 3 candle bear (termasuklah candle hari ini). Jika candle hari ini kekal bear dan ianya mempunyai body yang besar, maka ianya berpotensi untuk melakukan breakout dari upward short term trend line. Dan sudah semestinya ini adalah tanda lebih banyak penurunan dari harga akan berlaku.

Support level terdekat terletak pada fibo 23.6% atau pada $1181. Jika ianya di pecahkan, maka support seterusnya ialah pada $1148.

Jika anda seorang spot trader, peluang untuk anda sell masih ada. Saya cadangkan anda gunakan any strategi yang berkaitan dengan momentum seperti MTF, DTF Momentum dan pullback strategy seperti last kiss.

Jika anda seorang pembeli emas fizikal, ini waktu yang sangat sesuai untuk anda mulakan pelaburan emas fizikal anda. Anda boleh beli di paras support atau pun boleh gunakan ilmu yang di pelajari di kelas Analisis Teknikal sebagai guide line untuk membeli emas.

Terima kasih dan happy pipping!

Shufaad

Forex: Adakah RBA akan memotong interest rate nya?

Salam traders.

Satu news besar yang akan keluar pada hari esok (selasa 7 April ) dari RBA (Reserve Bank of Australia) ialah berkenaan dengan cash rate atau di kenali juga sebagai interest rate.

aud cash rate

Walaupun forecast nya RBA akan mengekalkan rate tersebut, namun saya melihat ada kemungkinan besar yang mereka akan eventually memotongnya kepada 2.00%. Salah satu sebab utamanya ialah dengan kejatuhan harga iron ore di bawah paras $50 pada hari Jumaat yang lepas.

iron ore fall

Ini merupakan satu kejatuhan yang sangat teruk memandangkan harga iron ore pada bulan yang sama tahun 2014 ialah pada paras $120 ton.

Anda boleh baca sumber berita ini di sini:

http://www.abc.net.au/news/2015-04-05/plunging-iron-ore-prices-add-to-reserve-bank-rate-debate/6370964

http://www.abc.net.au/news/2015-04-06/interest-rates-reserve-bank-expected-cut-again/6372374

Di bawah ini pula ialah chart AUDUSD:

daily AUDUSD

Sangat-sangat bearish….dan berdasarkan kepada chart tersebut, saya melihat tidak mustahil untuk ianya jatuh ke paras 0.75.

Happy pipping!