Spot Gold: Emas sebagai safe haven asset? Ye ke?

Salam traders.

gold 25 jun 2015

Di saat dunia ekonomi tertumpu kepada apa yang bakal berlaku di Greece, harga emas terus menjunam ke paras support $1169.82. Ini merupakan sesuatu yang agak luar biaasa kerana kebiasaannya, ketidaktentuan ekonomi akan mengakibatkan harga emas naik kerana emas di anggap sebagai safe haven asset dan juga sebagai alat untuk menangkis inflasi.

Pada masa yang sama juga, faktor tidak ada major news lain selain dari Greece buat masa ini, mengakibatkan para technical trader mengambil kesempatan untuk menambah sell position mereka kerana technically, memang harga emas berada di dalam trend bearish.

Jika paras support $1169.82 berjaya di pecahkan, harga low 5 jun 2015 iaitu $1162.75 akan menjadi sasaran terdekat. Ultimately, jika ianya juga berjaya di pecahkan, maka saya melihat paras $1142.59 adalah paras support yang menjadi sasaran seterusnya.

Harapan untuk melihat harga emas bounce ke atas mungkin akan wujud sekiranya bargain hunters kembali ke pasaran. Buat masa ini, saya melihat India mungkin akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana pengurangan dari segi cukai import di saat rakyat China sekarang lebih meminati stock. Ini merupakan satu perubahan yang di bawa oleh generasi muda di China.

Selain itu, tarikh 30 Jun ini juga akan menjadi penentu kepada apa yang berlaku di Greece; sama ada ianya akan default atau satu persetujuan baru akan di capai. Mungkin ini adalah fakor yang akan menaikkan kembali harga emas.

Next resistance untuk harga emas terletak pada paras $1205.77 dan sekiranya paras ini berjaya di pecahkan, maka resistance seterusnya terletak pada $1232.35 iaitu harga high 18 Mei 2015.

Apa pun, ini adalah kesempatan terbaik untuk anda menambahkan stok emas fizikal anda.

Happy Pipping!

“Nama saya Shufaad. Izikan saya membantu anda menjadi seorang Trader”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *