Analisis Teknikal: EURJPY – 24 Jan 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. EURJPY adalah antara pair JPY yang saya jangka kan sudah menghampiri harga tertinggi nya dan berkemungkinan besar akan melakukan pullback dan mungkin reversal.
  2. Resistance terdekat ialah di area high shooting star iaitu 136.60. Jika price berjaya naik kembali dan close di atas area ini, maka ada kemungkinan buyer masih lagi mempunyai keinginan untuk membeli.
  3. Paras support yang sedang saya perhatikan di daily chart ini ialah di area 134.00/30. Jika ianya berjaya di pecahkan, maka saya melihat ada kebarangkalian price boleh turun lagi sehingga ke area support 131.40. Itu adalah pergerakan yang agak besar, kira-kira 260+ pip.
  4. Selain dari itu, saya juga dapati paras fibonacci yang di lukiskan dari low 17 April 2017 sehingga ke high 5 Jan 2018 sangat sesuai di jadikan area support. Lihat kotak biru yang saya tandakan di dalam chart di atas.
  5. Sekurang-kurangnya kita boleh rely pada fibonacci sebagai price target kita sekiranya reversal berlaku.

Terima kasih