AUDUSD 25 July 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair ini sedang membina satu base yang baik di sini. Perhatikan price action di area support.
  2. Price juga telah berjaya embuat satu breakout terhadap satu minor trendline yang bermula dari 7 Jun 2018.
  3. Resistance terdekat ialah di area 0.7440.  Ada sekurang-kurangnya 4 kali occasion di mana price cuba untuk memecahkan resistance ini tetapi gagal.
  4. Jika price berjaya melepasi area resistance ini, next resistance terletak pada 0.7480 dan seterusnya di area 0.7530. Resistance 0.7480 juga pernah menjadi area support. Lihat price action pada 30 Mei 2018.
  5. Resistance 0.7530 juga agak menarik. Selain pernah menjadi support sebanyak 3 kali bermula dari 23 Mei 2018, ada satu garisan trendline major yang saya lukiskan dari 16 Februari 2018 menjadi resistance.
  6. Namun, jika sebaliknya berlaku dan seller menguasai semula pasaran ada kemungkinan price akan kembali ke area support 0.7310.
  7. Saya bias bullish untuk pair ini.