CADJPY 8 Mei 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Telah berlaku rejection di area resistance 85.63.  Area resistance ini merupakan area support untuk 10 Ogos 2017.
  2. Sekarang, price berada dekat dengan area support 84.35. Kali terakhir price berada di area ini adalah pada 20 April 2018 yang lepas.
  3. Melihatkan kepada pergerakan price, ada kebarangkalian yang area support ini akan di pecahkan.
  4. Jika ini berlaku, next support terletak pada area 83.50. Strong support area masih jauh lagi; ianya terletak di area 80.60. Namun begitu, jika price berjaya break support demi support, maka lambat laun price akan kembali area strong support ini.
  5. Jika sebaliknya, area support 84.35 mungkin boleh di jadikan bounce area untuk price kembali ke area resistane 85.63 and beyond.

Terima kasih.

EURJPY – 5 Mac 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair ini berada di dalam bearish trend. Maka, untuk lebih selamat adalah lebih baik kita concentrate untuk sell position sahaja.
  2. Saya jangkakan akan berlaku retracement sehingga ke area resistance 131.30/40 yang mana previously ianya adalah support level (change of polarity).
  3. Area itu juga merupakan fibo level 23.6%.
  4. Sekiranya ia berlaku, saya akan menunggu candle pattern di area resistance tersebut untuk membuka sell position.
  5. Untuk yang lebih advanterous, anda boleh cuba time frame seperti di H1 dan H4 untuk mengambil buy position. Ini memandangkan, jarak di antara price dengan 10 dan 20 EMA adalah sekitar 170 dan 270 pip.
  6. Selain itu, price juga berada di area support 129.50/55.
  7. Nak selamat? tunggu retrace, enter sell.

Terima kasih.

p/s:  Kelas Fast Track saya adalah education based. Anda tidak perlu buka akaun under saya jika anda sudah ada real akaun dengan broker lain. Jom join saya di Shah Alam dan Kuantan.

Kelas Fast Track Forex dan Spot Gold Trading

Analisis Teknikal: GBPUSD – 30 Ogos 2017

Salam.

Secara teknikalnya, kita melihat satu bearish shooting star telah terbentuk di area resisrance 1.2970. Saya secara peribadi mahu melihat pattern seperti ini wujud selepas satu extended trend, baru lah ianya menjadi lebih meaningful.

Namun, oleh kerana terdapat resistance dan candle tersebut mempunyai upper shadow yang panjang, ia menunjukkan wujudnya seller di area resistance tersebut.

Selain itu juga, saya melihat 10 & 20 EMA yang masih lagi berada di dalam bearish trend. Belum ada lagi bullish crossover dari kedua-dua EMA ini. Based on this, saya jangkakan mungkin price akan menurun dan cuba untuk mencabar paras support yang terbentuk oleh satu morning star pattern di area 1.277o.

Namun, jika price decided untuk meningkat lebih tinggi, maka ia perlu memecahkan resistance area 1.2970 dan high shooting star tersebut. Next resistance terletak pada 1.3030.

Dengan news besar dari US seperti NFP dan lain-lain just around the corner, apa sahaja boleh terjadi.