Analisis Teknikal – GBPUSD 10 Nov 2016

Salam.

gbpusd-daily-10-nov-2016

Secara teknikalnya, saya melihat pair ini mampu meningkat lebih tinggi sekiranya paras resistance 1.2560 berjaya di pecahkan (breakout). Jika ianya berlaku, maka resistance seterusnya terletak pada paras 1.2727 (fibo 50%) dan seterusnya pada paras fibo 61.% (1.2896) atau 1.2900 (round number).

MACD sebagai petunjuk momentum sudah menunjukkan tanda-tanda yang ia ingin naik lebih tinggi. Selain dari itu, terdapat bullish divergence signal yang telah di tunjukkan oleh MACD sekitar pertengahan bulan Oktober.

Namun begitu, sekiranya paras resistance 1.2560 tidak berjaya di pecahkan dan dollar menjadi semakin kuat, maka support 1.2345/50 adalah paras yang perlu di pecahkan.

Secara keselruhan, saya bias bullish kepada pair ini.