Analisis Teknikal: GBPJPY – 20 Jan 2018

Salam.

Secara teknikal nya kita melihat telah terbentuk satu rising wedge pattern di daily chart GBPJPY. Buat anda yang masih baru, rising wedges adalah bearish reversal pattern manakala falling wedges pula adalah bullish reversel pattern.

Untuk melihat reversal ini berlaku di dalam rising wedges, price mestilah break dan close di bawah support pattern ini.

Lain pula yang berlaku di chart GBPJPY ini. Oleh kerana kita melihat breakout yang berlaku di area resistance rising wedges, maka secara automatiknya kita mengandaikan yang price boleh meningkat lebih tinggi lagi.

Namun begitu,untuk rising wedges dan falling wedges, ini adalah satu pengecualian. Saya secara peribadi tidak akan buy selepas breakout ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman saya, pada kebanyakan masa, breakout ini akan turn out menjadi satu false break.

Dan inilah yang kita lihat di pair ini. False break dan close di bawah resistance rising wedges. Menggunakan horizontal line,saya telah menandakan area 153.80 sebagai garisan resistance. Dan oleh kerana, candle pada hari Jumaat lepas telah close di bawah paras ini, maka ia menguatkan lagi validity false breakout ini.

Apa lagi yang anda nampak? Ye, ada bearish engulfing pattern sebagai reversal signal dan perhatikan juga bagaimana price telah berada agak jauh dari 10 dan 20 EMAs (160 – 200 pip from EMAs). Ini menunjukkan ada kemungkinan akan berlaku pullback.

Selain dari EMAs, paras support rising wedges di area 151.50 dan 152.00 boleh menjadi next possible target untuk price. Breaking the support adalah satu kelebihan yang di tunggu-tunggu.

Analisis Teknikal: GBPJPY – 26 Mei 2017

Salam.

Berdasarkan kepada pergerakan price semasa, buyer di lihat gagal untuk memecahkan resistance area 145.40/70. Ini seterusnya membuatkan seller menjadi lebih bersemangat untuk menjual dan akhirnya price kembali menghampiri support area 143.36/70.

Jika tekanan dari seller makin bertambah dan buyer gagah mempertahankan support area ini, kita akan melihat breakout berlaku. Next support terletak pada paras 141.85 dan 140.10.

Startegi sy akan lebih tertumpu kepada breakout dan close di bawah support area ini dan seterusnya menunggu pullback. Ini kerana mungkin ketika breakout ini selesai, momentum sudah agak oversold. So, menunggu price pullback adalah lebih selamat.

Kesimpulan, saya bearish untuk pair ini.

Shufaad

<<Klik link ini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade GBPJPY di FXprimus>>

Analisis Teknikal: GBPJPY – 11 Mei 2017

Salam.

Berdasarkan kepada chart GBPJPY di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana GBP telah menguat sejak 17 April 2017 berbanding JPY. Bullish run ini merupakan impact dari post Brexit dan beberapa data ekonomi yang bagus dari UK.

Menjadi penghalang kepada pair ini ialah satu paras resistance 148.40 yang kali terakhir di catatkan pada 15 Dec 2016. Pullback adalah satu kemungkinan dan saya melihat zone 147.50/00 merupakan area support yang sangat baik. Terutamanya apabila dilihat ke time frame H4.

Jika di lihat dari time frame H4, kelihatan seolah-olah satu rising wedges pattern sedang terbentuk. Rising wedge pattern biasanya ialah bearish sign kepada chart. Untuk menconfirmkan bearish ini, price perlulah break dari pattern ini. Dan ini bermakna paras 147.50 dan trendline adalah support terdekat yang perlu di pecahkan, dengan 147.00 menunggu sebagai next support. Jika ianya juga berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada 145.70.

Selain itu pattern ini, di MACD juga telah menunjukkan adanya bearish divergence dengan MACD crossover dan histogram flipping telahpun berlaku. Ini adalah satu lagi sign untuk bearish.

Yang menjadi penghalang ianya fundamental. Ada beberapa high impact news dari GBP hari ini seperti Manufacturing production, Inflation, Bank rates, dan Monetary Policy. Untuk itu, saya akan tunggu sehingga all the dust settle kerana ada kemungkinan price akan melonjak naik; impak dari good news ini; lantas memberi peluang untuk kita menjual pada harga yang lebih tinggi.

Shufaad

<<Klik sini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade GBPJPY di FXPrimus>>