GBPUSD – 21 Feb 2018

Salam.

Saya mulakan dengan time frame daily di bawah.

Secara teknikal nya, GBPUSD kelihatan masih lagi berada di dalam bullish trend. Namun begitu, ianya sekarang berada di dalam fasa pullback. A quick look di time frame H4 akan membantu kita melihat senario pair ini sekarang:

Secara teknikalnya;

  1. Perhatikan garisan trendline yang bertindak sebagai paras support dan juga resistance.
  2. Jika trend line yang bertindak sebagai support break, maka support terdekat selepas itu terletak pada area 1.3850 dan seterusnya di 1.3610.
  3. Saya menjangkakan area 1.3610/00 akan menarik ramai buyer untuk kembali membeli di situ dan seterusnya menolak price naik. Anda boleh refer kembali kepada daily chart.
  4. Namun begitu, jika garisan trend line yang bertindak sebagai resistance break, maka price akan kembali mencabar resistance 1.4070.
  5. Jika area 1.4070 berjaya di break, maka saya jangka kan price akan kembali ke area resistance 1.4335.
  6. Mengambil kira kekuatan usd sekarang, a pullback towards 1.3610 is more likely.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: GBPUSD – 9 Feb 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. GBPUSD masih lagi berada di dalam trend bullish tetapi saya jangkakan akan berlaku retracement yang agak deep.
  2. Untuk melihat retracement ini terjadi, price haruslah break dan close di bawah paras support 1.3850. Jika ini berlaku, next support terletak pada area 1.3610 yang mana saya jangka kan buyer akan bersedia membeli di situ.
  3. Paras 1.3610 juga pernah menjadi area resistance. Perhatikan 2 kotak yang saya tandakan di dalam chart di atas. Resistance become support.
  4. Namun, jika buyer kembali atau USD kembali lemah, maka saya melihat paras resistance 1.4070 ialah paras yang mesti di break.
  5. Jika price berjaya break dan close di atas paras 1.4070, maka next resistance terletak pada area 1.4270 (bearish engulfing) dan 1.4335; harga high untuk candle 25 Jan 2018.
  6. Tetapi, as long as price maintain di bawah 1.4070, maka risk untuk price melakukan retracement adalah amat cerah.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: GBPUSD – 3 Julai 2017

Salam.

Ada perkembangan yang menarik berlaku di pair ini. Selain dari price yang menghampiri zon resistance 1.3035/50, pattern hanging man telah terbentuk pada hari Jumaat yang lepas. Dan lebih menarik lagi, harga low pattern ini berada di area support 1.2945/50.

Sekiranya paras low hanging man ini berjaya di pecahkan, saya melihat ada kemungkinan untuk price turun lagi sehingga ke area 1.2770/2800 support. Ini merupakan satu area support yang penting kerana terdapat banyak price action di situ.

Namun, jika GBP terus menguat dan usd melemah, ada kemungkinan zone resistance 1.3035/50 akan berjaya di pecahkan. Jika ini berlaku, next resistance terletak pada 1.3250.

Happy pipping!

Shufaad