Analisis Teknikal: AUDNZD – 12 Sept 2017

Salam.

Setelah berada di dalam satu bullish trend selama hampir 2 bulan, price semasa berada di dalam satu range yang agak sempit, iaitu di antara 1.1020 dan 1.1140. Anda boleh lihat bagaimana price berlegar di dalam range tersebut selama hampir 8 trading days.

Jika buyer masih lagi wujud, maka paras resistance 1.1140 perlu di pecahkan (breakout). Next resistance terletak pada 1.1250.

Namun, jika seller ingin mengambil alih posisi, near support 1.1020 perlu di pecahkan. Paras support ini sebenarnya pernah menjadi paras resistance pada pertengahan bulan Mac yang lepas. Untuk lebih confirmation, jika berlaku crossover MA (10 dan 20) ada lah lebih baik. Lihat seperti apa yang telah terjadi di MACD.

Untuk pair ini, saya akan mengambil posisi tunggu dan lihat. No trade, no problem.

Analisis Teknikal: EURUSD – 31 Ogos 2017

Salam.

Selepas satu breakout yang berlaku hari Jumaat yang lepas, nampaknya pair ini gagal untuk meneruskan kenaikan nya. Anda juga boleh lihat bagaimana satu evening star pattern telah terbentuk yang mana ini merupakan satu bearish reversal signal.

Selain itu, MACD juga telah menunjukkan signal bearish divergence; dengan MACD-H yang telah turn into negative teritory dan ianya mempunyai histo bar yang agak shallow.

Dengan adanya bearish divergence + evening star pattern, saya melihat pair EURUSD bakal melakukan satu pullback yang mana mungkin adalah permulaan kepada market reversal; sekiranya ia berjaya memecahkan paras strong support 1.1700/1.1660.

Sedikit tips saya ingin kongsikan. Jika berlaku bullish breakout ketika market sudah extended, ada kemungkinan ianya petanda awal yang buyer sudah penat (bullish exhaustion). Saya fikir inilah yang berlaku kepada pair ini ketika ini.

 

Analisis Teknikal: EURNZD – 23 Ogos 2017

Salam.

Sejak dari awal Januari 2017 sehingga sekarang, pair ini berada di dalam bullish trend. Dan sekarang ianya sedang menghampiri resistance area 1.6246 yang mana merupakan strong resistance area.

Jika anda lihat pada chart daily pair ini, anda dapat lihat bagaimana terdapat pattern bearish engulfing terbentuk pada 16 Ogos yang lepas. Namun, price naik kembali setelah ia menjumpai paras support 1.6000. Dan kini, paras resistance ini kembali di cabar.

Jika paras resistance ini berjaya di pecahkan, next resistance berada sekitar 1.6500. Yang mana ianya merupakan hampir 250 pips away. Selain itu, saya juga tidak menolak sebarang kebarangkalian berlakunya false break.

Bagaimana jika paras resistance ini bertahan? Sudah tentulah ia akan menjadi satu peluang untuk kita sell short di sini. Di daily chart, saya ingin melihat bearish reversal pattern berlaku. Namun peluang untuk entry juga mungkin ada di intraday charts; bergantung kepada time frame yang anda pilih.

Apa pun saya akan bersedia dan terus memerhatikan price action di sekitar resistance area ini.

 

Analisis Teknikal: USDCAD – 6 Ogos 2017

Salam.

Di atas ini adalah weekly chart untuk pair USDCAD. Kelihatan bullish engulfing pattern terbentuk di satu area support. Dan kebetulan juga, area support terdahulu ini juga di bentuk oleh satu bullish engulfing pattern sekitar awal bulan Mei 2017.

Secara teknikalnya, saya menjangkakan akan berlaku bounce dari area support tersebut dengan target resitance on weekly terletak pada fibonacci 38.2% atau paras 1.2940. Sekiranya ini berlaku, ianya adalah kenaikan hampir 300 pip untuk pair ini.

Jika sebaliknya berlaku, dan area support ini berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada swing low seterusnya iaitu di 1.2126 dan 1.1918.

Dengan penurunan yang begitu steep dari pair ini, saya lebih bias kepada retracement yang bakal berlaku di area support sekarang.