Analisis Teknikal: AUDJPY – 4 Feb 2018

Salam.

Secara teknikal nya;

  1. AUDJPY berada di area support 87.20. Ia juga adalah hampir dengan fibonacci 38.2%.
  2. Jika price berjaya memecahkan support ini, maka ia akan membuka peluang untuk price turun dengan lebih banyak lagi.
  3. Menggunakan fibonacci retracement, fibo 50% (88.67) dan 61.8% (86.12) adalah target profit seterusnya.
  4. Ultimate target bagi pair ini terletak di fibo 76.4% atau di area 85.40.
  5. Namun, jika paras support 87.20 berjaya bertahan dan buyer bertindak membeli di situ, maka kita akan melihat price akan berada di dalam range antara 87.20 dan 89.00. Saya juga akan memerhatikan price action dan pattern di area support ini jika ingin membeli.

 

Terima kasih.

p/s: Jika anda ingin kan kelainan dalam platform trading anda, selain dari Meta Trader 4, saya boleh tunjukkan kepada anda satu platform yang di gunakan oleh ramai professional trader di luar negara. Hubungi saya untuk info lanjut.

Analisis Teknikal: NZDCHF – 9 Ogos 2017

Salam.

Secara teknikal nya, pair ini masih lagi berada di dalam bullish trend walaupun anda lihat price sedang menjunam jatuh. Evening star pattern yang terbentuk di area resistance 0.7290/0.7300 menandakan price akan mengalami retracement.

Berdasarkan kepada trendline dan 2 fibonacci yang saya lukiskan di atas, ia menunjukkan area confluence (bertanda biru cair) yang mungkin akan menjadi area price akan bounce semula.

Pair ini menjadi target utama saya kerana selain dari faktor teknikal, esok jam 5.00 am, akan ada news dari RBNZ berkaitan dengan cash rate (atau interest rate). Jika news itu hawkish untuk kiwi, saya melihat price berpotensi untuk bounce dari area yang telah kita tandakan tersebut.

Dan satu faktor lagi yang perlu saya tambahkan, pair ini juga menawarkan interest rae diffrential yang terbaik di antara 8 major pair khusus untuk para carry trader.

Sama-sama kita tunggu.

Analisis Teknikal: Gold – 28 Julai 2017

Salam.

Berdasarkan kepada pergerakan chart di atas, sejak dari pertengahan April 2017, Gold berada di dalam satu range antara 1204/14 dan 1295. Walaupun gold kelihatanya ingin memecahkan support 1214, namun satu hammer telah terbentuk  dan seterusnya menolak price ke dalam range itu semula.

Jika bulls ingin meneruskan kenaikannya, maka resistance terdekat yang perlu di pecahkan ialah di 1265, harga high yang di catatkan semalam. Jika ianya berjaya di pecahkan, maka tidak mustahil price akan meningkat ke 1280 dan seterusnya ke strong resistance 1295. Dengan USD yang lemah, ini memungkinkan senario ini berlaku.

Namun sebaliknya, jika bear ingin mengambil alih, support terdekat terletak pada area 1244 dan seterusnya 1235. JIka kedua-duanya berjaya di pecahkan, maka strong support area 1214/04 adalah sasaran seterusnya.

Price sekarang berada di tengah-tengah range. It could go anywhere.