Analisis Teknikal: GBPAUD – 1 Jun 2017

Salam.

Semenjak dari bulan Mac 2017, pair GBPAUD telah berada di dalam trend bullish. Pair ini kemudian nya mencatatkan harga high pada 1.7650. Then, satu retracement berlaku dan price kembali ke area support 1.7138/68 yang mana merupakan paras resistance sekitar bulan Disember 2016.

Saya menjangkakan price akan meneruskan kenaikan nya untuk kembali mencabar paras high 1.7650. Untuk intraday traders, cara terbaik untuk trade pair ini ialah dengan menggunakan kaedah ‘buy on dips’ di TF M15 atau H1. Di bawah adalah contoh TF H1.

Peluang untuk membeli on dips terletak pada area 1.7370. Area ini menjadi sangat signifikan kerana ianya pernah menjadi paras support dan resistance beberapa kali sekitar bulan May 2017.

Saya bias bullish untuk pair ini.

Shufaad

<<Klik link ini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade GBPAUD di FXPrimus>>

 

 

Analisis Teknikal: GBPJPY – 26 Mei 2017

Salam.

Berdasarkan kepada pergerakan price semasa, buyer di lihat gagal untuk memecahkan resistance area 145.40/70. Ini seterusnya membuatkan seller menjadi lebih bersemangat untuk menjual dan akhirnya price kembali menghampiri support area 143.36/70.

Jika tekanan dari seller makin bertambah dan buyer gagah mempertahankan support area ini, kita akan melihat breakout berlaku. Next support terletak pada paras 141.85 dan 140.10.

Startegi sy akan lebih tertumpu kepada breakout dan close di bawah support area ini dan seterusnya menunggu pullback. Ini kerana mungkin ketika breakout ini selesai, momentum sudah agak oversold. So, menunggu price pullback adalah lebih selamat.

Kesimpulan, saya bearish untuk pair ini.

Shufaad

<<Klik link ini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade GBPJPY di FXprimus>>

Analisis Teknikal: EURGBP – 24 April 2017

Salam.

Selain dari GBPUSD, ini adalah pair yang akan terkesan secara langsung dengan Brexit kerana ianya melibatkan both Euro dan GBP. Oleh yang demikian, jika anda memang pengikut Brexit sejati, ini adalah pair yang harus anda trade.

Hasil dari French election pagi tadi, pair ini melonjak ke paras tertinggi 0.8505 dan seterusnya menghasilkan gap di area 0.8376 – 0.8477. Paras resistance terdekat terletak pada 0.8580 manakala support terdekat pula terletak pada 0.8420 ; ianya berada di tengah-tengah gap.

based on current trend, saya masih lagi bearish untuk pair ini. Kenaikan ini di lihat bersifat sementara dan saya akan mengambil peluang untuk sell area resistance 0.8580. Strong support area terletak pada paras 0.8300/30. Jika ianya berjaya di pecahkan maka satu massive head and shoulder pattern akan terbentuk dengan support terdekat terletak pada 0.8100 dan mungkin boleh turun ke paras terendah 0.7600.

Namum saya mungkin salah. pair ini mungkin boleh meningkat lebih tinggi sehingga melepas resistance 0.8505. Jika ini berlaku, next resistance terletak pada 0.8640 dan seterusnya di area 0.8700.

All in all, saya masih lagi mengekalkan bearish bias untuk pair ini.

Thanks.

Shufaad

The Authentic Trader

Buka real akaun di sini: http://bit.ly/SayaTrader

 

Analisis Teknikal: Silver (XAGUSD) – 6 April 2017

Silver, seperti mana gold, sedang berada di dalam bullish trend semenjak dari awal tahun 2017. Harga tertinggi yang di catatkan oleh silver adalah pada paras $18.47 (27 Feb 2017). Kemudian, berlaku satu pullback yang deep sehingga menghampiri paras fibo 61.8%. Harga low yang di catatkan pada pullback tersebut ialah pada paras $16.80. Dan semenjak dari itu, harga terus meningkat sehingga sekarang.

Saya melihat area resistance yang perlu di pecahkan oleh silver terletak sekitar $18.40/47. Jika ianya berjaya di pecahkan, berdasarkan momentum sekarang, maka kita akan melihat peluang untuk silver naik sehingga ke paras $19 adalah lebih cerah. Namun begitu, short term saya jangka kan akan berlaku satu lagi pullback. Paras support yang akan saya perhatikan terletak di $17.77 (gap), $17.40 (fibo 38.2%) dan sekitar $17.20.

Dengan andaian paras fibo 61.8% masih bertahan, maka saya melihat harga silver akan cuba kembali untuk mencabar area resistance yang sama. Jika anda peminat silver, maka ini merupakan peluang terbaik untuk membeli membuat keuntungan; sama ada di dalam spot silver mahupun di dalam fizikal silver.

Shufaad

Untuk membuka real akaun, sila klik: http://bit.ly/SayaTrader

Untuk menjadi IB, sila klik: http://bit.ly/SayaTraderIB

 

 

Spot Gold: Emas sebagai safe haven asset? Ye ke?

Salam traders.

gold 25 jun 2015

Di saat dunia ekonomi tertumpu kepada apa yang bakal berlaku di Greece, harga emas terus menjunam ke paras support $1169.82. Ini merupakan sesuatu yang agak luar biaasa kerana kebiasaannya, ketidaktentuan ekonomi akan mengakibatkan harga emas naik kerana emas di anggap sebagai safe haven asset dan juga sebagai alat untuk menangkis inflasi.

Pada masa yang sama juga, faktor tidak ada major news lain selain dari Greece buat masa ini, mengakibatkan para technical trader mengambil kesempatan untuk menambah sell position mereka kerana technically, memang harga emas berada di dalam trend bearish.

Jika paras support $1169.82 berjaya di pecahkan, harga low 5 jun 2015 iaitu $1162.75 akan menjadi sasaran terdekat. Ultimately, jika ianya juga berjaya di pecahkan, maka saya melihat paras $1142.59 adalah paras support yang menjadi sasaran seterusnya.

Harapan untuk melihat harga emas bounce ke atas mungkin akan wujud sekiranya bargain hunters kembali ke pasaran. Buat masa ini, saya melihat India mungkin akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana pengurangan dari segi cukai import di saat rakyat China sekarang lebih meminati stock. Ini merupakan satu perubahan yang di bawa oleh generasi muda di China.

Selain itu, tarikh 30 Jun ini juga akan menjadi penentu kepada apa yang berlaku di Greece; sama ada ianya akan default atau satu persetujuan baru akan di capai. Mungkin ini adalah fakor yang akan menaikkan kembali harga emas.

Next resistance untuk harga emas terletak pada paras $1205.77 dan sekiranya paras ini berjaya di pecahkan, maka resistance seterusnya terletak pada $1232.35 iaitu harga high 18 Mei 2015.

Apa pun, ini adalah kesempatan terbaik untuk anda menambahkan stok emas fizikal anda.

Happy Pipping!

“Nama saya Shufaad. Izikan saya membantu anda menjadi seorang Trader”