Analisis Teknikal: S&P 500 – 20 Feb 2017

Salam.

Semenjak dari kemenangn Trump di dalam pemilihan Presiden US tahun lalu sehinggalah sekarang, S&P telah mencatatkan rekod harga tertinggi. Yang terkini, harga tertinggi nya ialah pada 2353.22. Sebarang retrace atau pullback dari price di lihat sebagai satu peluang untuk membeli lagi.

Sebagai contoh, chart H4 di atas kelihatan telah bounce dari paras support 2339 dan sedang menuju ke paras tertinggi 2353. Jika ianya berjaya di pecahkan, maka rekod tertinggi lagi akan dicatatkan oleh S&P.

Namun sekiranya paras 2353 berjaya bertahan, dan price kembali retreat ke paras support 2339, maka ianya akan bertindak menjadi paras neckline. Jika paras neckline ini berjaya di pecahkan, maka kita akan pihat double top pattern terbentuk di chart ini. Dan target kita seterusnya adalah pada paras 2325.

Sehingga kini, Trump adalah faktor utama kenaikan pasaran ekuiti. Tetapi adakah ianya akan bertahan lama? Kita tunggu, lihat dan trade!

Spot Gold: Price confirmation di perlukan untuk bull kembali

Salam traders.

gold daily 7 julai 2015

Kesan dari ‘No’ vote dari Greece masih belum mampu untuk menolak harga emas kembali. Tetapi ada satu lagi peristiwa yang perlu kita perhatikan. Dan ianya bukan berlaku di Europe.

China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia dan pengguna emas terbesar dunia sedang mengalami masalah dengan stock market nya. Di dalam tempoh 3 minggu, indeks utamanya telah jatuh sebanyak 30%. Ini merupakan sesuatu yang membimbangkan bagi kerajaan China dan pemain industri di sana.

Kebimbangan ini mungkin boleh di terjemahkan kepada pembelian safe haven atau panic buying dari investor dan traders. Jual saham, dapat cash, kemudian shopping emas. Kemungkinan ianya boleh terjadi.

Secara teknikalnya, emas masih lagi berada di dalam trend menurun. Namun sekarang ianya sudah hampir dengan satu support zone di paras $1162.88 dan $1157. Jika zone ini berjaya di pecahkan, maka next support level akan terletak di paras $1142.59.

Untuk bullish kembali menguasai pasaran dan mengesahkan kehadiran bargain hunter, price hendaklah break satu minor trendline dan seterusnya break dan close di atas paras resistance $1175. Resistance seterusnya terletak pada paras $1188.10.

Walaupun MACD masih lagi bearish, tetapi saya mengesan kemungkinan berlakunya Elder’s Bullish Divergence. Masih terlalu awal, tetapi tanda-tanda itu sudah pun wujud. So traders, get ready k!

Happy pipping!

Kelas Group Coaching: Spot Gold dan Currency Trading di Melaka

Salam traders.

Sempena bulan Ramadan ini, apa kata anda tambah ilmu trading anda bersama saya di Melaka. Details adalah seperti berikut:

Group Coaching Melaka RamadanBukak puasa nanti boleh g makan asam pedas k!

Hubungi saya sekarang.

“Nama saya Shufaad. Izinkan saya bantu anda menjadi seorang Trader”

Forex: BOJ dan never ending surprise nya

Salam traders.

Baru sekejap ni ada news dari BOJ. Anda boleh baca di sini: http://bit.ly/usdjpy10Jun2015

Kesan nya, anda boleh lihat di chart di bawah ini:

USDJPY 10 June 2015
USDJPY 10 June 2015

Berdasarkan kepada impak news ini, ada kebarangkalian yang pair ini akan jatuh ke paras 121.50. Secara teknikalnya juga, saya nampak adanya bearish divergence pada pair ini.Sebenarnya selling activity ini bukan sahaja berlaku di pair USDJPY, tetapi juga di EURJPY dan GBYJPY (pair yang paling degil!).

Ini menunjukkan bagaimana investor dan trader mula membeli Yen kerana mereka percaya paras tertinggi untuk pair-pair tersebut sudah di capai. Sama ada ianya betul atau tidak, tiada siapa yang tahu. Yang penting ada satu news dari BOJ pada 19 Jun ini. This will set the real tone.

“Nama saya Shufaad. Izinkan saya membantu anda untuk menjadi seorang Trader”