Analisis Teknikal: XAUUSD – 13 Sept 2017

Salam.

Gap yang berlaku pada hari Isnin yang lepas nampaknya belum mampu di tutup oleh price. Mungkinkah ini petanda bearish trend akan bermula?

Jika di lihat dari price action, saya jangkakan akan bermula pullback sehingga ke area 1316 (20EMA) dan mungkin ke area support di pyscho level 1300. Historically, 20EMA pernah menjadi support yang baik untuk price manakala psycho level 1300 sebelum ini adalah area resistance yang telah bertukar fungsi menjadi support.

MACD H berada di bawah 0.00 manakala MACD line dan signal telah melakukan crossover.

Saya melihat potensi pullback untuk chart ini adalah amat cerah, secara teknikalnya. Unless ada news fundamental yang boleh menolak price kembali.

Jika anda pelabur emas fizikal, saya harap anda telah jual sebahagian emas anda. Lepas ni, baru restock k.

Analisis Teknikal: EURUSD – 9 Jun 2017

Salam.

Secara teknikalnya saya melihat ada satu bearish divergence signal di daily TF di pair EURUSD ini. Resistance area terletak di paras 1.1250/80. Jika price berjaya stay di bawah resistance area ini, saya berpendapat price mampu untuk turun lebih rendah lagi.

Near support terletak pada area 1.1100. Jika paras ini berjaya di pecahkan dan daily price close dibawah paras ini, ada kemungkinan price akan turun ke next support di area 1.1015. Next strong support terletak pada area 1.0860.

Jika price tidak berjaya break 1.1100, bullish trend untuk pair ini akan resume semula dan akan kembali mencabar area 1.1250/80.

Sebagai langkah extra careful, saya akan memantau USD Index untuk melihat situasi semasa USD; melemah atau menguat.

Shufaad

<<Klik sini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade EURUSD di FXPrimus>>

 

Analisis Teknikal: USDJPY – 30 Mei 2017

Salam.

Kelihatan trend bearish di pair ini masih lagi berterusan, di tambah lagi dengan kegagalan price untuk stay di atas garisan trendlne setelah ianya di pecahkan pada 8 mei yang lepas. Satu long black candle telah terhasil pada 17 Mei dan akhirnya membawa price kembali di bawah paras trendline.

Near support terletak pada 110.22; anda boleh lihat di terdapat beberapa bounce dari paras tersebut sebelum ini. Jika ianya berjaya di pecahkan, saya melihat gap di area 109.40/60 mampu di close. Ultimate target untuk price sekiranya bearish trend ini berterusan terletak pada area 108.12/40; kali terakhir harga singgah di area tersebut ialah pada 17 April 2017.

Namun, sekiranya USD berjaya menjumpai rentaknya, ianya perlu berhadapan dengan area resistance 111.80/112.10. Jika anda perhatikan, paras resistance ini merupakan satu paras yang kuat kerana ianya pernah menjadi paras support sebelum ini dan sekarang bertukar fungsi menjadi paras resistance; buat kali kedua.

Saya bias bearish untuk pair ini.

Shufaad.