GBPNZD 29 Mei 2018

Salam.

Secara teknikal nya;

  1. Saya sedang menunggu pullback ke arah resistance area 1.9260 dan 1.9355. Jika ianya berlaku, saya akan mencari sell signal di area tersebut.
  2. Support yang boleh di jadikan sebagai target profit terletak di area 1.8930, kira-kira 200 pip lebih dari sell area kita. Jika ianya berjaya di break, maka next support terletak pada area low 12 Jan 2018 iaitu di 1.8630.
  3. Tetapi jika price decided untuk meningkat lebih tinggi, saya tidak akan mengambil sebarang position.
  4. Ini merupakan contoh bagaimana saya trade suatu channel yang sedang break di peringkat awal. Saya fikir ada beberapa lagi pair yang sedang mengalami nasib yang sama. Apa kata anda cuba cari.
  5. Kesimpulan nya, saya bearish untuk pair ini.

Terima kasih.

EURUSD 26 April 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Price telah pun break trend line yang saya lukiskan dari bulan November 2017. Ianya sekarang berada betul-betul di support area 1.2154.
  2. Sekiranya support area ini break, maka ia akan membuka jalan ke support seterusnya yang terletak di area 1.2070 dan 1.2100. Ianya juga merupakan resistance area untuk Januari 2018 dan satu 8 September 2018 (shooting star).
  3. Ultimately, saya melihat pair ini boleh jatuh sehingga support area 1.1930.
  4. Ada kemungkinan juga yang price akan retrace ke resistance area 1.2280 memandangkan ianya sekarang sudah berada lebih 100 pip dari mean reversion area. Jika ini berlaku, ia akan menghadirkan peluang terbaik untuk saya membuka sell position.
  5. Namun, jika seller kehilangan momentum dan resistance 1.2280 berjaya di pecahkan, tidak mustahil price akan kembali ke dalam range yang telah sedia ada.

Jika anda ingin mendapat kan update tentang analisis teknikal market forex secara percuma, sila wasap saya di nombor 0129965946.

Terima kasih.

USDCHF 5 April 2018

Salam.

Secara teknikal nya;

  1. Ini adalah satu contoh pair yang saya kategorikan meningkat secara steady. Ciri-ciri utama yang saya perhatikan di pair ini ialah lower low yang semakin tinggi dan bonus nya ialah higher high yang juga semakin tinggi.
  2. Based on apa yang saya lihat di pair ini, tidak mustahil ianya akan meningkat ke area resistance 0.9700. Jika resistance area ini break, maka next resistance terletak pada area 0.9830.
  3. Namun jika sebalik nya berlaku, area support 0.9440 harus di beri perhatian. Beberapa kali area support ini telah berjaya menarik perhatian buyer. Tidak mustahil ianya akan berlaku lagi.
  4. Jika support area 0.9440 berjaya di pecahkan, maka next ultimate target untuk seller terletak pada low 16 Feb 2018 iaitu di area 0.9186.
  5. Buat masa ini, saya bias bullish untuk pair ini.