Bursa: Anda frequent traveller? Jom check Airport.

Salam traders.

airport

Secara teknikal nya, anda dapat lihat bagaimana stock ini sedang menghala ke bawah; so ini bukan merupakan masa yang terbaik untuk membeli. Semalam ada satu black marubozu candle di time frame daily di region RM7.00 yang mana ia menunjukkan bakal berlaku penurunan dalam harga.

Jadi, di mana level yang sesuai untuk anda beli? Saya mensasarkan harga sekitar RM6.00 sebagai target saya. paras ini merupakan paras support; yang mana anda boleh lihat bagaimana buyer melakukan aktiviti pembelian beberaa kali di area ini. Dan area ini juga merupakan satu psycho level kepada harga. Yang itu lebih obvious kan?

Selain itu, MACD juga menunjukkan yang ianya ingin melakukan cross over dan histogram nya juga kelihatan akan cross below 0.00. So, ini definitely bearish sign untuk saya.

It’s a waiting game for me. 🙂

Happy trading!

Shufaad