CADJPY 9 April 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Ascending channel yang saya lukiskan seperti di dalam chart di atas telah berjaya di break oleh price pada 4 April yang lepas.
  2. Namun, harus di ingati bahawa ascending channel akan menjadi valid sekiranya ianya break di bahagian bawah channel atau support dan bukan di bahagian atas channel tersebut (resistance).
  3. Ini adalah antara sebab mengapa saya tidak favour untuk mengambil buy position di pair ini.
  4. Namun begitu, jika price kembali di bawah area channel tersebut dan close di bawah paras support (dulu resistance di high 9 Mac 2018), ada kemungkinan saya akan mengambil sell position.
  5. Dengan confluence seperti ascending channel, false break, break support, dan bearish price action signal, maka ianya akan memberi banyak reason untuk seller kembali di pair ini. Jika sebalik nya berlaku, move on dan cari peluang di pair lain. As simple as that.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: USDCAD – 6 Ogos 2017

Salam.

Di atas ini adalah weekly chart untuk pair USDCAD. Kelihatan bullish engulfing pattern terbentuk di satu area support. Dan kebetulan juga, area support terdahulu ini juga di bentuk oleh satu bullish engulfing pattern sekitar awal bulan Mei 2017.

Secara teknikalnya, saya menjangkakan akan berlaku bounce dari area support tersebut dengan target resitance on weekly terletak pada fibonacci 38.2% atau paras 1.2940. Sekiranya ini berlaku, ianya adalah kenaikan hampir 300 pip untuk pair ini.

Jika sebaliknya berlaku, dan area support ini berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada swing low seterusnya iaitu di 1.2126 dan 1.1918.

Dengan penurunan yang begitu steep dari pair ini, saya lebih bias kepada retracement yang bakal berlaku di area support sekarang.

Analisis Teknikal: GBPUSD – 19 Jun 2017

Salam.

Tidak di nafikan GBP adalah merupakan currency yang paling volatile sekarang. Sesudah di kejutkan dengan serangan bom, kemudian keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada parti pemerintah, dan yang terkini kebakaran apartment yang mengorbankan lebih dari 50 orang, keadaan politik dan sosial UK sekarang bukan pada tahap terbaik.

Senario seperti ini sudah tentunya membimbangkan para investor seluruh dunia.

Secara teknikalnya, saya masih lagi beranggapan pair ini akan berpeluang untuk turun lagi. Resistance terdekat terletak pada area 1.2775. Ini merupakan paras resistance yang kuat. Oleh itu, saya akan mencari sell signal di area tersebut. Jika price berjaya break dan close di atas area 1.2775 tersebut, masih ada lagi satu trendline yang akan menjadi dynamic resistance bagi price. Itu pun boleh menjadi peluang untuk saya sell.

Support terdekat terletak pada area 1.2655. Break dan close di bawah area tersebut akan membuka jalan kepada lebih banyak penurunan di dalam pair ini.

Overall, saya bias bearish kepada GBPUSD.

TQVM