Spot Gold: Mampukah harga close di atas paras psycho $1100?

Salam semua.

gold 7 Jan 2016

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada beberapa perkara positif yang berlaku kepada harga emas;

  1. Double bottom pattern telah di confirmkan dengan breaknya paras resistance 1088.
  2. Triangle patten juga telah di break oleh price
  3. Faktor geopolitikal dan kejatuhan saham di China dan seluruh dunia memberi kelebihan kepada emas sebagai safe haven aset.

Baik. Untuk mengconfirmkan near term bullish ini, price perlu break dan close di atas paras psycho $1100. Apabila paras ini berjaya di break maka saya melihat kebarangkalian price untuk ke paras resistance $1150 dan seterusnya $1191/1200 adalah amat cerah.

Seperti biasa untuk minggu pertama ini, para traders akan menunggu news besar dari US iaitu NFP dan Average Hourly Earnings. Agak mengejutkan apabila ADP mencatatkan jumlah yang agak tinggi (257K vs 193K) memandangkan Manufacturing  (48.2 vs 49.1) dan Non Manufacturing (55.3 vs 56.0) PMI tidak mencatatkan angka yang bagus. Ini kerana data ADP is totally berkaitan dengan sektor swasta.

Jika NFP mencatatkan jumlah yang tinggi seperti ADP, ini akan menjadi pentunjuk penting kepada para pemain pasaran bahawa Fed berada di landasan yang betul- terutamaya di dalam polisi menaikkan interest rate mereka. Dan sekali lagi, perhatikan kadar gaji atau Average Hourly Earnings. Ia juga harus selari atau setidak-tidaknya tidak berubah dari bulan sebelumnya. Ini juga adalah key point penting kepada Fed.

Dan if all things turn well, we shall welcome gold’s bull (atleast for near term).

Fundamental: ADP turun, Manufacturing PMI turun, NFP?

Salam traders.

Semalam, 2 news besar dari US telah di keluarkan iaitu ADP Employment report dan ISM Manufacturing PMI.

ADP dan ISM Manufacturing PMI
ADP dan ISM Manufacturing PMI

Berdasarkan kepada diagram di atas, kita dapat perhatikan bagaimana data dari ADP telah jauh tersasar dari apa yang di forecast oleh para economist iaitu sebanyak 38,000 (227K – 189K). Buat pengetahuan anda , ADP mencatatkan bilangan orang yang  bekerja di sektor swasta sahaja dan ianya tidak termasuk orang yang bekerja di ladang (farm) dan juga di sektor kerajaan.

Data ADP ini di gunakan oleh trader dan investor sebagai data pre-lim kepada data yang lebih besar iaitu Non-Farm Payroll atau NFP. Maknanya, jika data ADP lemah, maka ada kemungkinan data yang bakal di keluarkan oleh BLS tentang NFP juga akan lemah.

Namun begitu ada juga sesetengah trader yang menggunakan data ini (ADP) sebagai contradictor kepada NFP. Maknanya, jika data ADP lemah, most likely di NFP akan naik. Pendapat ini benar berdasarkan kepada trend data untuk 2 tahun kebelakangan ini.

Data ISM Manufacturing PMI yang di keluarkan juga agak tersasar dari yang di forecast iaitu sebanyak 1.0 (52.5-51.5). Walaupun ianya menunjukkan industri masih lagi expand tetapi ia berlaku dengan perlahan (slow pace).

Satu perkara penting yang perlu di ambil kira adalah dengan nilai USD Index yang semakin meningkat, ianya seolah-olah satu curse kepada pasaran ekuiti tempatan seperti S&P500, Dow dan Nasdaq (eksport) juga kepada pasaran emerging market seperti Brazil,Mexico dan South Africa (pinjaman dan bond).

S&P 500
S&P 500

Sebagai contoh, anda boleh perhatikan bagaimana S&P 500 terus mencatatkan penurunan dan di jangka akan turun melepasi paras support 2037 di dalam minggu hadapan.

Dan jika dollar terus menguat, saya berpendapat Fed tidak akan menaikkan interest rate dalam jangkamasa terdekat.

Apapun, data NFP akan menjadi sesuatu sangat penting untuk di perhatikan. Jika ianya lemah atau kurang dari 200K, maka retracement bakal berlaku di kebanyakan pasaran; samada pasaran currency mahupun ekuiti. Mungkin ketika ini ianya bagus jika NFP lemah ;).

Happy pipping!