ETF: GLD menunjukkan peningkatan

Salam traders.

GLD 24 Mac 2015
GLD 24 Mac 2015

Jika anda peka kepada permintaan dan penawaran (supply and demand) emas dunia, salah satu faktor utama yang menggerakkan harga emas dunia adalah ETF atau pun Exchange Traded Fund. Jika anda ingin tahu apa itu ETF dengan lebih lanjut, saya cadangakan anda dapatkan buku Analisis Fundamental Harga Emas yang telah saya dan Syukor hasilkan.

Berdasarkan kepada pergerakan harga di dalam chart GLD di atas, anda dapat lihat dengan jelas bagaimana permintaan terhadap derivative ini semakin meningkat. Harga GLD telah pun bounce dari paras terendah 109.67 (5 November 2014) manakala paras resistance terhampir terletak di upper part of gap iaitu di 115.00 manakala seterusnya terletak pada 117.00.

Salah satu faktor yang menyumbang ke arah kenaikan ini adalah krisis yang berlaku di antara Euro (ECB dan German) dengan kerajaan baru Greece berhubung isu pelan pembayaran semula Greece. Jika penyelesaian tidak berjaya di capai di antara Euro dan Greece, saya melihat ada nya kemungkinan untuk Greece keluar dari Euro dan ini mungkin akan mendorong lebih banyak kenaikan di dalam GLD.

Fundamental moves the price. Agree?

Happy Pipping!

Shufaad