Analisis Teknikal: XAUUSD – 22 Ogos 2017

Salam.

Pada hari Jumaat yang lepas, kita dapat melihat satu shooting star pattern terbentuk di resistance area 1296. Ini merupakan kali ke 2 area ini di lawati setelah kali pertama berlaku pada 6 dan 7 Jun 2017. Dengan long upper shadow nya, ia memberi gambaran adanya seller di area tersebut.

Semalam pula, harga emas meningkat sedikit tetapi masih lagi belum mampu memecahkan resistance area tersebut.

Plan saya, jika saya melihat pattern bearish reversal daripada pergerakan candle hari ini, most likelya saya akan short gold esok. Ye, saya melihat kepada daily chart so mungkin saya akan berhadapan dengan risk yang agak besar.

Satu lagi, di sebabkan adanya event Jackson Hole hujung minggu ini, saya perlu lebih berhati-hati kerana kebarangkalian price akan membuat gap. Jika saya sudah berada di dalam profit, most likely saya akan close 1/3 dari position dan akan membuat break even sebelum market close.

Kesimpulannya, kita mempunyai peluang untuk short gold tetapi terdedah kepada risiko event hujung minggu ni yang mungkin akan kembali favour kepada gold.

Analisis Teknikal: XAUUSD 21 Nov 2016

Salam.

gold-h4-21-nov-2016Secara teknikal nya;

  1. Terdapat bullish divergence signal di time frame H4.
  2. Resistance terhampir ialah di 1230 dan 1250.
  3. Penggerak utama kepada kenaikan harga ini ialah USD Index yang mungkin akan melakukan retracement.
  4. Oleh kerana kenaikan ini di intraday chart, maka saya melihat ianya bersifat sementara (near term).
  5. Peluang untuk sell wujud di area 1250 dengan gold di jangka kembali menguji paras $1200.
  6. Tumpuan trader/investor sekarang terarah kepada Fed/Yellen ; FOMC meeting yang akan berlangsung pada 15 Disember.
  7. Selain dari market ini, saya akan mengambil berat tentang USD Index, pasaran ekutiti (S&P dan Dow) dan juga US Bond.

TQVM

Spot gold: Short term bearish trend bakal bermula semula

Salam traders

gold daily 9 april 2015
gold daily 9 april 2015

Sekarang ini, kenaikan harga emas adalah bersifat sementara. Apabila perang berlaku, harga emas akan melonjak sedikit, kemudian turun semula. Apabila data dari US teruk; contohnya NFP baru-baru ini, harga emas melonjak kembali. Dan seperti yang di duga, ianya jatuh kembali.

Secara teknikalnya, anda boleh melihat satu shooting star pattern yang terbentuk pada 6 April yang kemudiaanya di ikuti dengan 3 candle bear (termasuklah candle hari ini). Jika candle hari ini kekal bear dan ianya mempunyai body yang besar, maka ianya berpotensi untuk melakukan breakout dari upward short term trend line. Dan sudah semestinya ini adalah tanda lebih banyak penurunan dari harga akan berlaku.

Support level terdekat terletak pada fibo 23.6% atau pada $1181. Jika ianya di pecahkan, maka support seterusnya ialah pada $1148.

Jika anda seorang spot trader, peluang untuk anda sell masih ada. Saya cadangkan anda gunakan any strategi yang berkaitan dengan momentum seperti MTF, DTF Momentum dan pullback strategy seperti last kiss.

Jika anda seorang pembeli emas fizikal, ini waktu yang sangat sesuai untuk anda mulakan pelaburan emas fizikal anda. Anda boleh beli di paras support atau pun boleh gunakan ilmu yang di pelajari di kelas Analisis Teknikal sebagai guide line untuk membeli emas.

Terima kasih dan happy pipping!

Shufaad

Spot Gold: Menghampiri harga low 1131.25

Salam traders.

gold weekly 11  Mac 2015 Berdasarkan kepada pergerakan harga semasa, saya menjangkakan secara teknikal nya harga emas tiada masalah untuk kembali semula ke paras terendah $1131.25 yang di catatkan pada awal bulan November 2014.

Ini adalah berdasarkan kepada saiz candle minggu lepas yang besar dan MA crossover yang sudah mula membuat satu slope.

Kali terakhir harga emas berada di paras tersebut, satu hammer terbentuk dan harga bounce dari paras tersebut. Mungkin perkara yang sama boleh berlaku, atau mungkin juga tidak.

Selain itu, outside faktor juga tidak memihak kepada harga emas. Jom kita perhatikan both US Dollar Index dan Oil pada chart seterusnya:

usd index 11 Mac 2015  Tiada tanda-tanda yang US Dollar Index akan slow down. Saya menjangkakan ianya akan kembali ke paras 100 point dlm masa terdekat.

Data employment both NFP dan Unemployment rate menunjukkan tanda-tanda positif kepada kekuatan US Dollar. Dengan ECB yang baru memulakan program Quantitative Easingnya (EA), US Dollar di lihat akan terus mengekalkan status quo nya sebagai matawang kegemaran dunia.

 

 

Walaupun berlaku sedikit peningkatan di dalam harga oil, namun jika di lihat secara teknikal, ianya masih lagi berada di dalam keadaan sideways dengan overall trend masih lagi bearish.

Buat masa ini, Oil di jangka akan berada di bawah $50 per barrel dan sekiranya paras support $47.80 berjaya di pecahkan, maka tidak mustahil harga emas akan kembali ke paras terendah $43.55 yang di catatkan pada 29 Januari 2015.

Selamat belajar dan Happy pipping!

Shufaad