EURNZD 4 April 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Strong resistance area terletak pada area 1.7100. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa candle yang terletak pada area tersebut.
  2. Selain itu, pair ini telah pun break satu trend line yang saya lukis kan dari harga low Jan 2018. Dan sedang saya menulis post ini, harga masih lagi terus menurun.
  3. Next target support terletak pada area 1.6760 dan ultimately di support area 1.6520.
  4. Jika sebaliknya berlaku, price akan cuba untuk mencabar kembali resistance area 1.7100.
  5. Buat masa ini, saya bias bearish untuk pair ini.

EURNZD – 15 Feb 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair in berada di dalam satu channel yang agak narrow.
  2. Paras 1.6850 ialah support area yang mesti di pecahkan oleh seller sekiranya ia ingin bergerak ke bawah.
  3. Jika area ini berjaya di pecahkan, next support terletak pada 1.6520; iaitu low price untuk 11 Jan 2018, 1.6363 dan seterusnya 1.6140.
  4. Namun jika sebaliknya, immediate resistance terletak di area 1.7100. Jika ia berjaya di pecahkan, maka next resistance terletak pada high 1 Dec 2017, 1.7477.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: Silver (XAGUSD) – 6 April 2017

Silver, seperti mana gold, sedang berada di dalam bullish trend semenjak dari awal tahun 2017. Harga tertinggi yang di catatkan oleh silver adalah pada paras $18.47 (27 Feb 2017). Kemudian, berlaku satu pullback yang deep sehingga menghampiri paras fibo 61.8%. Harga low yang di catatkan pada pullback tersebut ialah pada paras $16.80. Dan semenjak dari itu, harga terus meningkat sehingga sekarang.

Saya melihat area resistance yang perlu di pecahkan oleh silver terletak sekitar $18.40/47. Jika ianya berjaya di pecahkan, berdasarkan momentum sekarang, maka kita akan melihat peluang untuk silver naik sehingga ke paras $19 adalah lebih cerah. Namun begitu, short term saya jangka kan akan berlaku satu lagi pullback. Paras support yang akan saya perhatikan terletak di $17.77 (gap), $17.40 (fibo 38.2%) dan sekitar $17.20.

Dengan andaian paras fibo 61.8% masih bertahan, maka saya melihat harga silver akan cuba kembali untuk mencabar area resistance yang sama. Jika anda peminat silver, maka ini merupakan peluang terbaik untuk membeli membuat keuntungan; sama ada di dalam spot silver mahupun di dalam fizikal silver.

Shufaad

Untuk membuka real akaun, sila klik: http://bit.ly/SayaTrader

Untuk menjadi IB, sila klik: http://bit.ly/SayaTraderIB

 

 

Analisis Teknikal 29 Dec 2016: Oil kelihatan kukuh

Salam.

oil-29-dec-2016

Secara teknikalnya;

  1. Harga oil telah berjaya melepasi paras resistance yang merupakan satu paras resistance yang kuat bagi oil. Anda boleh bagaimana terdapat tidak kurang dari 4 percubaan untuk memecahkan paras ini tetapi end up gagal.
  2. Harga oil juga di lihat berada di atas 100 dan 200 MA, yang mana menunjukkan ianya berada di dalam trend bullish.
  3. Resistance terhampir dengan harga oil sekarang ialah $54.50; yang mana saya rasakan tidak sukar untuk di pecahkan.
  4. Target untuk oil adalah untuk menghampiri area $61, yang mana merupakan satu area resistance yang kuat bagi bulan Mei dan Jun 2015.

Satu berita baik yang di terima oleh Oil ialah persetujuan negara-negara pengeluar minyak di dalam OPEC dan Rusia (luar OPEC) untuk menghadkan pengeluaran minyak masing-masing. Walaupun ianya akan berkuatkuasa tahun hadapan, tetapi tanda positif kenaikan ini telah mula dirasakan sekarang.

Kesimpulannya, saya bullish untuk oil memasuki 2017.