USDJPY – 19 Feb 2018

Salam.

Ada sesuatu yang menarik berlaku di USDJPY. Sebelum itu, apa kata saya bawa anda ke time frame weekly pair ini.

Berdasarkan kepada chart weekly di atas, kita dapat lihat bagaimana price 105.50 telah pun mempunyai history sebagai paras support dan resistance bermula dari penghujung tahun 2013 lagi. Ia kemudian bertindak sebagai support sekitar bulan Okt 2014 dan sekali lagi pada awal Mei 2016.

Dan kini, harga kembali ke area tersebut. Persoalan nya, adakah area 105.50 akan bertahan sebagai support area?

Untuk menjawab soalan itu, apa kata kita ke time frame Daily.

Secara teknikalnya;

  1. Satu hammer pattern telah terbentuk di area support weekly ini.
  2. Price juga sudah berada dalam range 200-300 pip dari EMAs.
  3. Kedua ini menunjukkan akan ada kemungkinan berlakunya pullback.
  4. Saya juga akan memerhatikan USD index sebagai salah satu panduan untuk trade pair ini.
  5. Resistance terdekat terletak pada 107.30 dan seterusnya di 108.40.
  6. Sebaliknya, seller akan kembali menguasai pasaran sekiranya area support 105.50 berjaya di pecahkan.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: AUDUSD – 8 Mei 2017

Salam.

Secara teknikal nya, price sekarang berada di paras support 61.8% fibonacci yang di lukiskan dari harga low 2016 sehingga harga high 2017 iaitu di area 0.7380. Ini merupakan kali ke 3 area ini di test oleh price sebagai support area. Jika paras ini berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada paras 0.7310 dan seterusnya berpotensi untuk ke area harga low 2016, iaitu 0.7160.

Sebaliknya, jika paras support ini berjaya bertahan, resistance terdekat terletak pada 0.7420. Next resistance pula terletak pada paras fibonacci 50%, iaitu di 0.7455.

Untuk sell position, saya cadangkan anda tunggu price pullback ke area resistance yang saya nyatakan ini kerana trend nya masih lagi bearish. Namun, bagi mereka yang ingin mencuri-curi pips, anda boleh ke intraday chart, dan perhatikan pattern atau price yang bounce dari paras support 0.7380. Mungkin buyer masih lagi ada di situ.

Happy pipping!

Shufaad

<<Klik sini http://bit.ly/SayaTrader untuk membuka real akaun dan dapatkan servis SOTG secara FREE>>

 

Analisis Teknikal: Oil – 22 Feb 2017

Salam.

Berdasarkan kepada pergerakan harga semasa, oil yang sekarang berada di dalam sideways sedang bersedia untuk melakukan bullish breakout. Faktor fundamental di lihat menjadi pendorong utama kepada breakout ini. Selain itu, momentum indikator seperti MACD juga jelas menyokong pergerakan ini.

Paras high 55.22 yang di catatkan pada 3 Jan 2017 di lihat menjadi resistance pertama kepada oil untuk keluar dari range ini. Jika ianya berjaya di pecahkan, next resistance terletak pada 56.49, iaitu harga low satu hammer pattern yang di catatkan pada 28 Mei 2015,

Jika paras itu berjaya di pecahkan, maka seterusnya harga oil akan mula mengintai untuk memasuki zon 60 per barrel, sesuatu yang kali terakhir di lakukan sekitar bulan April – Julan 2017.

Oleh kerana faktor fundamental menjadi penggerak utama kepada oil sekarang, maka jika anda berhajat untuk trade, make sure anda mempunyai fundamental knowledge yg kuat untuk komoditi ini.

Happy pipping!