USDJPY – 19 Feb 2018

Salam.

Ada sesuatu yang menarik berlaku di USDJPY. Sebelum itu, apa kata saya bawa anda ke time frame weekly pair ini.

Berdasarkan kepada chart weekly di atas, kita dapat lihat bagaimana price 105.50 telah pun mempunyai history sebagai paras support dan resistance bermula dari penghujung tahun 2013 lagi. Ia kemudian bertindak sebagai support sekitar bulan Okt 2014 dan sekali lagi pada awal Mei 2016.

Dan kini, harga kembali ke area tersebut. Persoalan nya, adakah area 105.50 akan bertahan sebagai support area?

Untuk menjawab soalan itu, apa kata kita ke time frame Daily.

Secara teknikalnya;

  1. Satu hammer pattern telah terbentuk di area support weekly ini.
  2. Price juga sudah berada dalam range 200-300 pip dari EMAs.
  3. Kedua ini menunjukkan akan ada kemungkinan berlakunya pullback.
  4. Saya juga akan memerhatikan USD index sebagai salah satu panduan untuk trade pair ini.
  5. Resistance terdekat terletak pada 107.30 dan seterusnya di 108.40.
  6. Sebaliknya, seller akan kembali menguasai pasaran sekiranya area support 105.50 berjaya di pecahkan.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: GBPUSD – 9 Feb 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. GBPUSD masih lagi berada di dalam trend bullish tetapi saya jangkakan akan berlaku retracement yang agak deep.
  2. Untuk melihat retracement ini terjadi, price haruslah break dan close di bawah paras support 1.3850. Jika ini berlaku, next support terletak pada area 1.3610 yang mana saya jangka kan buyer akan bersedia membeli di situ.
  3. Paras 1.3610 juga pernah menjadi area resistance. Perhatikan 2 kotak yang saya tandakan di dalam chart di atas. Resistance become support.
  4. Namun, jika buyer kembali atau USD kembali lemah, maka saya melihat paras resistance 1.4070 ialah paras yang mesti di break.
  5. Jika price berjaya break dan close di atas paras 1.4070, maka next resistance terletak pada area 1.4270 (bearish engulfing) dan 1.4335; harga high untuk candle 25 Jan 2018.
  6. Tetapi, as long as price maintain di bawah 1.4070, maka risk untuk price melakukan retracement adalah amat cerah.

Terima kasih.