Analisis Teknikal: AUDUSD – 21 Jan 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Satu bearish shooting star pattern telah terbentuk di daily chart.
  2. Price berada agak jauh dari 10 dan 20 EMAs; kira-kira 100 – 170 pips.
  3. Ini semua petanda yang kemungkinan akan berlaku pullback.
  4. Support terdekat terletak di area 0.7940 (16-18 Jan low). Jika ianya berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada 0.7880 dan 0.7810. Perhatikan kotak biru yang saya tandakan di chart di atas.
  5. Selain dari itu, paras-paras fibonacci juga boleh di jadikan sebagai support level. Ianya di lukis dari paras low 8 Dec 2017 sehingga ke high shooting star.
  6. Jika sebaliknya berlaku (tiada pullback), high shooting star (0.8037) adalah resistance terhampir. Jika ianya berjaya di pecahkan, next resistance area terletak di 0.8100 (20 Sept high) dan 0.8124 (8 Sept high).

Terima kasih.

Analisis Teknikal: AUDJPY – 14 Ogos 2017

Salam.

Seperti yang anda telah ketahui, yen merupakan currency yang paling kuat last week. Buka sahaja mana-mana yen pair, anda boleh lihat bagaimana trader/investor membeli yen across the board.

Senario ini juga berlaku di pair AUDJPY. Setelah mengalami selling activity sepanjang minggu, akhirnya pada hari Jumaat yang lepas, terdapat buyer yang muncul di area fibonacci 50% dan support area 85.80. Secara teknikalnya, kita dapat melihat satu hammer pattern telah terbentuk di area support tersebut.

Pada pendapat saya, kita akan melihat price meningkat sedikit hingga ke area resitance 87.00. Di area ini saya jangkakan seller akan kembali menguasai pasaran. Next support terletak pada area fibo 50% dan 85.80 dan juga low of the hammer. Jika ianya berjaya di pecahkan, fibonacce 61.8 adalah support seterusnya.

Namun begitu, jika buyer tidak lagi berminat untuk membeli yen, ada kebarangkalian resistance aea 87.00 akan di pecahkan dan next resistance terletak pada area 88.00.

Saya masih lagi mengekalkan bias bearish untuk pair ini.

Analisis Teknikal: Gold – 28 Julai 2017

Salam.

Berdasarkan kepada pergerakan chart di atas, sejak dari pertengahan April 2017, Gold berada di dalam satu range antara 1204/14 dan 1295. Walaupun gold kelihatanya ingin memecahkan support 1214, namun satu hammer telah terbentuk  dan seterusnya menolak price ke dalam range itu semula.

Jika bulls ingin meneruskan kenaikannya, maka resistance terdekat yang perlu di pecahkan ialah di 1265, harga high yang di catatkan semalam. Jika ianya berjaya di pecahkan, maka tidak mustahil price akan meningkat ke 1280 dan seterusnya ke strong resistance 1295. Dengan USD yang lemah, ini memungkinkan senario ini berlaku.

Namun sebaliknya, jika bear ingin mengambil alih, support terdekat terletak pada area 1244 dan seterusnya 1235. JIka kedua-duanya berjaya di pecahkan, maka strong support area 1214/04 adalah sasaran seterusnya.

Price sekarang berada di tengah-tengah range. It could go anywhere.