GBPJPY 27 Mei 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair ini sedang berada di dalam bearish trend. Namun berdasarkan kepada pergerakan harga semasa, ia sudah berada agak jauh dari EMA selain dari berada dekat dengan area support 145.00.
  2. Saya prefer melihat price kembali naik ke area resistance 147.00 sebelum membuka sebarang new sell position. Area ini merupakan area support untuk beberapa kali; yang mana paling latest ialah pada awal bulan Mei yang lepas.
  3. Next support terletak pada low 2 Mac 2018 iaitu di area 145.00. Jika area ini berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada 143.00.
  4. Jika buyer ingin kembali menguasai pasaran, saya fikir mereka harus break dan close di atas resistance 147.00 dahulu. Next resistance terletak pada area 150.00; yang mana merupakan satu area yang kuat. Ia juga ada lah lower high untuk bearish trend ini.
  5. Kesimpulan, saya bearish untuk pair ini.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: NZDUSD – 27 Nov 2017

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Bullish divergence signal telah kelihatan semenjak dari minggu lepas.
  2. Buyer kelihatan cuba mempertahan kan area support 0.6830; kali pertama terbentuk ketika bulan Mac 2017.
  3. Resistance terdekat terletak pada 0.6980.
  4. Jika resistance ini berjaya di pecahkan, maka next resistance terletak pada 0.7050.
  5. Jika gagal, area resistance ini merupakan area terbaik untuk seller kembali di dalam pasaran.

Terima kasih

Analisis Teknikal: USDJPY – 24 Nov 2017

Salam.

Dengan USD yang melemah sejak kebelakangan ini, pair ini di lihat menunjukkan kekuatan yen yang sebenar. Dengan satu breakout yang berlaku pada 22 Nov yang lepas, saya melihat akan berlaku pullback sehingga ke area 111.80 dan 112.10 sebelum seller resume aktiviti penjualan mereka.

Paras 111.80 di lihat sebagai paras resistance yang lebih ideal kerana

  1. ianya adalah 50% bearish candle body (22 Nov) dan
  2. paras support yang terhasil dari long dawn line pattern pada 16 okt.

Paras support seterusnya terletak pada 111.20 dan 110.45 yang mana keduanya boleh bertindak sebagai take profit target.

Apa pun saya akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga price kembali ke area tersebut.

Saya bias bearish untuk pair ini.