Analisis Teknikal: AUDJPY – 7 Jun 2017

Salam.

Pair AUDJPY ini d lihat masih lagi mengekalkan trend bearishnya, walaupun price mampu bounce dari paras support 81.50. Kenaikan ini di lihat bersifat sementara dan sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk menjual pada harga yang lebih tinggi. Ini kerana saya yakin Yen akan kembali menjadi pilihan investor kerana faktor-faktor fundamental.

Jika anda lihat di sebelah kiri chart, paras support 81.50 pernah menjadi paras resistance ketika bulan Jun dan Julai 2016. Dan sekitar April 2017, paras ini bertukar fungsi menjadi support. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika price mampu bounce dari paras terebut kerana sudah establish buyers.

Namun, jika paras ini berjaya di pecahkan, next support terletak pada 80.30. Dan anda boleh lihat ada banyak lagi paras support di dalam chart ini.

Jika buyer ingin benar-benar menguasai chart ini, maka mereka perlulah memecahkan minor trendline yang saya lukiskan di dalam chart dan jika berjaya, next resistance terletak pada 83.30.

Saya bias bearish untuk pair ini.

Analisis Teknikal: USDJPY – 30 Mei 2017

Salam.

Kelihatan trend bearish di pair ini masih lagi berterusan, di tambah lagi dengan kegagalan price untuk stay di atas garisan trendlne setelah ianya di pecahkan pada 8 mei yang lepas. Satu long black candle telah terhasil pada 17 Mei dan akhirnya membawa price kembali di bawah paras trendline.

Near support terletak pada 110.22; anda boleh lihat di terdapat beberapa bounce dari paras tersebut sebelum ini. Jika ianya berjaya di pecahkan, saya melihat gap di area 109.40/60 mampu di close. Ultimate target untuk price sekiranya bearish trend ini berterusan terletak pada area 108.12/40; kali terakhir harga singgah di area tersebut ialah pada 17 April 2017.

Namun, sekiranya USD berjaya menjumpai rentaknya, ianya perlu berhadapan dengan area resistance 111.80/112.10. Jika anda perhatikan, paras resistance ini merupakan satu paras yang kuat kerana ianya pernah menjadi paras support sebelum ini dan sekarang bertukar fungsi menjadi paras resistance; buat kali kedua.

Saya bias bearish untuk pair ini.

Shufaad.

Analisis Teknikal: GBPJPY – 26 Mei 2017

Salam.

Berdasarkan kepada pergerakan price semasa, buyer di lihat gagal untuk memecahkan resistance area 145.40/70. Ini seterusnya membuatkan seller menjadi lebih bersemangat untuk menjual dan akhirnya price kembali menghampiri support area 143.36/70.

Jika tekanan dari seller makin bertambah dan buyer gagah mempertahankan support area ini, kita akan melihat breakout berlaku. Next support terletak pada paras 141.85 dan 140.10.

Startegi sy akan lebih tertumpu kepada breakout dan close di bawah support area ini dan seterusnya menunggu pullback. Ini kerana mungkin ketika breakout ini selesai, momentum sudah agak oversold. So, menunggu price pullback adalah lebih selamat.

Kesimpulan, saya bearish untuk pair ini.

Shufaad

<<Klik link ini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade GBPJPY di FXprimus>>

Analisis Teknikal: EURNZD – 3 Mei 2017

Salam.

Dengan mencatatkan higher low dan higher high, pair EURNZD kini berada di dalam bullish trend. Dengan price semasa yang berjaya close di bawah paras support 1.5760, saya menjangkakan akan berlaku pullback.

Paras support terdekat di dalam time frame daily terletak pada 1.5480. Ini memerlukan pergerakan harga sebesar lebih dari 270 pip. Oleh kerana ianya berada di dalam bullish trend, kemungkinan juga price tidak akan sampai ke paras support tersebut. Salah satu cara yang boleh anda lakukan ialah dengan mencari paras support di intraday chart; H4 dan H1. Buy limit order boleh di letakkan pada paras suppor tersebut.

Jika pair ini meneruskan kenaikan nya, paras resistance terdekat terletak pada harga high 1.5940. Selepas itu, major resistance terletak pada paras 1.6110.

Saya bias bullish untuk pair ini.

–Untuk kelas Personal Coaching, sila hubungi saya di nomor 012-9965946.

TQVM

Shufaad

The Authentic Trader

Analisis Teknikal: GBPCAD – 2 Mei 2017

Salam.

Dengan GBP yang menunjukan kekuatannya semenjak minggu lepas dan di tambah dengan harga minyak yang agak rendah, pair ini berjaya melakukan breakout dari paras resistance 1.7540. Anda boleh lihat di time frame weekly untuk melihat breakout tersebut.

Di time frame daily, anda boleh lihat dengan jelas paras resistance yang telah di pecahkan tersebut. Pada tahun lepas terdapat sekurang-kurangnya terdapat 3 kali cubaan untuk memecahkan paras resistance tersebut. kini apabila ianya telah di pecahkan, ia menjadi satu paras support yang kuat. Sebarang attempt untuk saya trade pair ini memerlukan saya menunggu price untuk pullback ke paras 1.7540 tersebut. atau setidak-tidaknya di area berhampiran paras tersebut.

Paras resistance seterusnya terletak pada 1.8110. Anda boleh lihat ianya suatu masa dahulu merupakan paras support yang telah di pecahkan pada 24 Jun 2016 – tarikh Brexit berlaku.

Saya bias bullish untuk pair ini.

Jom sertai saya di kelas Personal Coaching bulan Mei ini. Hubungi saya di nombor 012-9965946 untuk menempah seat anda.

TQVM

Shufaad

The Authentic Trader