NZDJPY 17 Okt 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Price telah pun bounce dari support area 72.30. Dan ini merupakan kali ke 3 price menguji paras support tersebut. Ini menunjukkan adanya strong buyer di area tersebut.
  2. Walaupun trend masih lagi bearish, tetapi kebarankalian ianya bakal berubah kepada bullish sudah semakin jelas.
  3. Selain dari garisan trend line menurun yang mesti di pecahkan oleh price, saya melihat resistance area 75.00 dan seterusnya 75.50 adalah sangat kritikal. Jika price berjaya memecahkan kedua-dua resistance area ini, kemungkinan besar kita akan melihat pengakhiran untuk bearish trend dan permulaan untuk satu bullish trend berlaku.
  4. Perhatikan juga bagaimana MACD mencatatkan momentum yang semakin positif meskipun MACD line dan signal masih lagi berada di bawah garisan 0.00.
  5. Ada perkembangan menarik yang berlaku di time frame H4 yang mana telah membuatkan saya memberikan trading signal di SOTG.
  6. Terdapat satu inverse head and shoulder pattern di H4. Rujuk chart di bawah untuk melihat pattern tersebut.

Terima kasih.

AUDUSD 25 July 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Pair ini sedang membina satu base yang baik di sini. Perhatikan price action di area support.
  2. Price juga telah berjaya embuat satu breakout terhadap satu minor trendline yang bermula dari 7 Jun 2018.
  3. Resistance terdekat ialah di area 0.7440.  Ada sekurang-kurangnya 4 kali occasion di mana price cuba untuk memecahkan resistance ini tetapi gagal.
  4. Jika price berjaya melepasi area resistance ini, next resistance terletak pada 0.7480 dan seterusnya di area 0.7530. Resistance 0.7480 juga pernah menjadi area support. Lihat price action pada 30 Mei 2018.
  5. Resistance 0.7530 juga agak menarik. Selain pernah menjadi support sebanyak 3 kali bermula dari 23 Mei 2018, ada satu garisan trendline major yang saya lukiskan dari 16 Februari 2018 menjadi resistance.
  6. Namun, jika sebaliknya berlaku dan seller menguasai semula pasaran ada kemungkinan price akan kembali ke area support 0.7310.
  7. Saya bias bullish untuk pair ini.

GBPNZD 29 Mei 2018

Salam.

Secara teknikal nya;

  1. Saya sedang menunggu pullback ke arah resistance area 1.9260 dan 1.9355. Jika ianya berlaku, saya akan mencari sell signal di area tersebut.
  2. Support yang boleh di jadikan sebagai target profit terletak di area 1.8930, kira-kira 200 pip lebih dari sell area kita. Jika ianya berjaya di break, maka next support terletak pada area low 12 Jan 2018 iaitu di 1.8630.
  3. Tetapi jika price decided untuk meningkat lebih tinggi, saya tidak akan mengambil sebarang position.
  4. Ini merupakan contoh bagaimana saya trade suatu channel yang sedang break di peringkat awal. Saya fikir ada beberapa lagi pair yang sedang mengalami nasib yang sama. Apa kata anda cuba cari.
  5. Kesimpulan nya, saya bearish untuk pair ini.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: XAGUSD – 29 Nov 2017

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Silver berada di dalam trend sideways di mana pergerakan price nya agak choppy. Kali terakhir kita melihat satu significant trend ialah sekitar awal Julai sehingga Sept 2017 (bullish trend).
  2. MACD slighlty bearish, dengan ketiga-tiga komponennya berada di bawah paras 0.00.
  3. Setelah memecahkan paras support 17.00, next support terletak pada 16.70 dan 16.50. Jika silver berjaya memecahkan paras support ini, ada kemungkinan ia akan mencapai paras di bawah 16.00 semula.
  4. Resistance terletak pada area 17.20 dan 17.35. Jika ia berjaya di pecahkan,maka harga high 8 Sept adalah the next target.
  5. Oleh kerana ianya berada di dalam trend sideways, tiada bias trend dari saya. Apa yang saya perlu lakukan ialah dengan sabar menunggu the next price movement dari silver.

Terima kasih.