Analisis Teknikal 29 Dec 2016: Oil kelihatan kukuh

Salam.

oil-29-dec-2016

Secara teknikalnya;

  1. Harga oil telah berjaya melepasi paras resistance yang merupakan satu paras resistance yang kuat bagi oil. Anda boleh bagaimana terdapat tidak kurang dari 4 percubaan untuk memecahkan paras ini tetapi end up gagal.
  2. Harga oil juga di lihat berada di atas 100 dan 200 MA, yang mana menunjukkan ianya berada di dalam trend bullish.
  3. Resistance terhampir dengan harga oil sekarang ialah $54.50; yang mana saya rasakan tidak sukar untuk di pecahkan.
  4. Target untuk oil adalah untuk menghampiri area $61, yang mana merupakan satu area resistance yang kuat bagi bulan Mei dan Jun 2015.

Satu berita baik yang di terima oleh Oil ialah persetujuan negara-negara pengeluar minyak di dalam OPEC dan Rusia (luar OPEC) untuk menghadkan pengeluaran minyak masing-masing. Walaupun ianya akan berkuatkuasa tahun hadapan, tetapi tanda positif kenaikan ini telah mula dirasakan sekarang.

Kesimpulannya, saya bullish untuk oil memasuki 2017.

Analisis Teknikal – GBPUSD 10 Nov 2016

Salam.

gbpusd-daily-10-nov-2016

Secara teknikalnya, saya melihat pair ini mampu meningkat lebih tinggi sekiranya paras resistance 1.2560 berjaya di pecahkan (breakout). Jika ianya berlaku, maka resistance seterusnya terletak pada paras 1.2727 (fibo 50%) dan seterusnya pada paras fibo 61.% (1.2896) atau 1.2900 (round number).

MACD sebagai petunjuk momentum sudah menunjukkan tanda-tanda yang ia ingin naik lebih tinggi. Selain dari itu, terdapat bullish divergence signal yang telah di tunjukkan oleh MACD sekitar pertengahan bulan Oktober.

Namun begitu, sekiranya paras resistance 1.2560 tidak berjaya di pecahkan dan dollar menjadi semakin kuat, maka support 1.2345/50 adalah paras yang perlu di pecahkan.

Secara keselruhan, saya bias bullish kepada pair ini.

Forex: Inverse head and shoulder di GBPUSD

Salam traders.

GBPUSD daily chart
GBPUSD daily chart

Selepas memecahkan beberapa paras resistance penting, pair ini berhadapan dengan satu lagi paras resistance dalam bentuk trendline yang juga bertindak sebagai neckline untuk satu chart pattern yang di kenali sebagai inverse head and shoulder. Paras fibo 50.0% juga boleh bertindak sebagai resistance level dan jika sebarang retracement berlaku, maka di sinilah areanya.

Ada dua strategi yang boleh anda gunakan di sini;

1. Fading – short term strategy untuk trade retracement

2. Multiple time frame – tunggu sehingga selesai retracement dan enter buy position

Secara teknikalnya, saya melihat pair ini berpotensi untuk meningkat lagi. Paras fibo 61.8% atau 1.6180 (kebetulan sama?) merupakan paras resistance seterusnya. Saya juga bias ke arah bullish untuk pair ini. Malah, saya juga boleh katakan yang GBP ialah pemenang jika di bandingkan dengan currency yang lain.

Happy pipping

“Nama saya Shufaad. Izinkan saya membantu anda untuk menjadi seorang Trader”

Kelas Group Coaching: Spot Gold dan Currency Trading di Melaka

Salam traders.

Sempena bulan Ramadan ini, apa kata anda tambah ilmu trading anda bersama saya di Melaka. Details adalah seperti berikut:

Group Coaching Melaka RamadanBukak puasa nanti boleh g makan asam pedas k!

Hubungi saya sekarang.

“Nama saya Shufaad. Izinkan saya bantu anda menjadi seorang Trader”

Forex: BOJ dan never ending surprise nya

Salam traders.

Baru sekejap ni ada news dari BOJ. Anda boleh baca di sini: http://bit.ly/usdjpy10Jun2015

Kesan nya, anda boleh lihat di chart di bawah ini:

USDJPY 10 June 2015
USDJPY 10 June 2015

Berdasarkan kepada impak news ini, ada kebarangkalian yang pair ini akan jatuh ke paras 121.50. Secara teknikalnya juga, saya nampak adanya bearish divergence pada pair ini.Sebenarnya selling activity ini bukan sahaja berlaku di pair USDJPY, tetapi juga di EURJPY dan GBYJPY (pair yang paling degil!).

Ini menunjukkan bagaimana investor dan trader mula membeli Yen kerana mereka percaya paras tertinggi untuk pair-pair tersebut sudah di capai. Sama ada ianya betul atau tidak, tiada siapa yang tahu. Yang penting ada satu news dari BOJ pada 19 Jun ini. This will set the real tone.

“Nama saya Shufaad. Izinkan saya membantu anda untuk menjadi seorang Trader”