Analisis Teknikal: Gold – 13 Jun 2017

Salam.

Area resistance 1295/1300 telah terbukti merupakan area resistance yang kuat. Setelah gagal memecahkan nya, seller kini di lihat berpotensi untuk menolak price gold jatuh lebih rendah.

Support terdekat terletak pada 1260 di TF H4. Jika ianya berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada 1246.

Sebaliknya, jika price gold ingin meningkat kembali, resistance terdekat yang perlu di hadapi ialah di area 1280 dan kemudiannay di kembali ke area 1295/1300.

Dengan Fed yang di jangka bakal mengumumkan kenaikan interest rate, saya melihat ini adalah peluang kepada USD untuk kembali kuat, setelah melemah dari awal tahun 2017 sehingga sekarang. Dan jika ini berlaku, ianya merupakan satu berita buruk kepada gold.

Saya bias bearish untuk gold dengan key factor terletak pada kenaikan interest rate dari Fed.

Analisis Teknikal 29 Dec 2016: Oil kelihatan kukuh

Salam.

oil-29-dec-2016

Secara teknikalnya;

  1. Harga oil telah berjaya melepasi paras resistance yang merupakan satu paras resistance yang kuat bagi oil. Anda boleh bagaimana terdapat tidak kurang dari 4 percubaan untuk memecahkan paras ini tetapi end up gagal.
  2. Harga oil juga di lihat berada di atas 100 dan 200 MA, yang mana menunjukkan ianya berada di dalam trend bullish.
  3. Resistance terhampir dengan harga oil sekarang ialah $54.50; yang mana saya rasakan tidak sukar untuk di pecahkan.
  4. Target untuk oil adalah untuk menghampiri area $61, yang mana merupakan satu area resistance yang kuat bagi bulan Mei dan Jun 2015.

Satu berita baik yang di terima oleh Oil ialah persetujuan negara-negara pengeluar minyak di dalam OPEC dan Rusia (luar OPEC) untuk menghadkan pengeluaran minyak masing-masing. Walaupun ianya akan berkuatkuasa tahun hadapan, tetapi tanda positif kenaikan ini telah mula dirasakan sekarang.

Kesimpulannya, saya bullish untuk oil memasuki 2017.