Analisis Teknikal: NZDUSD – 3 Dis 2017

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Bullish engulfing pattern telah terbentuk.
  2. Ada kemungkinan pattern ini merupakan sebahagian dari inverse head and shoulder pattern.
  3. Ianya boleh di confirmkan apabila price break dan close di atas neckline.
  4. Sekiranya ia berlaku, resistance terdekat terletak pada 0.6980, 0.7050 dan seterusnya di 0.7100/05.
  5. Resistance yang terakhir ini merupakan price projection dari pattern inverse head and shoulder tersebut.

Saya bias untuk pair ini meningkat minggu hadapan.

Analisis Teknikal: EURUSD – 9 Okt 2017

Salam.

Selepas satu bearish divergence yang di mulakan dengan shooting star pattern, pair ini sudah menjumpai paras support nya di area 1.1670. Berdasarkan kepada price action, saya jangkakan akan berlaku pullback sehingga ke area 1.1840/75, yang mana previously ialah paras support yang telah bertukar fungsi menjadi resistance.

Jika pullback ini berlaku, saya akan mencari sell signal di area 1.1840/75. Selain dari itu juga, saya akan memerhatikan kedua-dua moving average (10 dan 20 EMA) yang mana bertindak sebagai dynamic resistance. Ada kemungkinan, pullback dari pair ini akan sampai ke area moving average itu sahaja.

Namun begitu, jika momentum penurunan ini berlaku dengan kuat, maka ada kemungkinan support area 1.1670 akan di pecahkan. Jika ini berlaku, next support akan terletak pada area 1.14900. Ini di sokong oleh MACD yang menunjukkan bearish momentum.

Kesimpulan nya, saya bias kepada bearish untuk pair ini.

Analisis Teknikal: Oil – 4 Mei 2017

Salam.

Secara teknikal nya, oil berada di dalam bearish trend dan di jangka bakal meneruskan trend tersebut. Terdapat satu support yang kuat di paras 47.00. Anda boleh lihat bagaimana terdapat 3 attempt untuk memecahkan level ini sekitar bulan Mac 2017 dan gagal. Jika paras ini berjaya di pecahkan, next target terletak pada 46.50 dan support seterusnya ialah di paras 45.20.

Selalunya saya akan menunggu satu pullback untuk masuk sebagai seller. Oleh itu, saya perhatikan paras resistance sebagai possible entry level saya. Based on this daily chart, 200 MA boleh bertindak sebagai paras resistance  di ikuti dengan paras 50.00. Sebenarnya ini adalah kali kedua 200 MA di pecahkan tahun ini; kali pertama ketika bulan Mac 2017, sebelum price naik kembali.

Masalahnya, pullback ini adalah terlalu deep. Hampir $3 – untuk oil memang banyak. So, apa kata kita tengok di time fram intraday. Saya pilih H4.

Berdasarkan kpd chart H4 di atas, paras resistance terdekat terletak pada zone 48.20/50. Jika price pullback ke area tersebut, saya akan mencari peluang untuk sell oil semula.

All in all, saya mengekalkan bias bearish untuk oil.

Shufaad <The Authentic Trader>

((Klik sini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan dapatkan SOTG secara FREE))

Analisis Teknikal: EURGBP – 24 April 2017

Salam.

Selain dari GBPUSD, ini adalah pair yang akan terkesan secara langsung dengan Brexit kerana ianya melibatkan both Euro dan GBP. Oleh yang demikian, jika anda memang pengikut Brexit sejati, ini adalah pair yang harus anda trade.

Hasil dari French election pagi tadi, pair ini melonjak ke paras tertinggi 0.8505 dan seterusnya menghasilkan gap di area 0.8376 – 0.8477. Paras resistance terdekat terletak pada 0.8580 manakala support terdekat pula terletak pada 0.8420 ; ianya berada di tengah-tengah gap.

based on current trend, saya masih lagi bearish untuk pair ini. Kenaikan ini di lihat bersifat sementara dan saya akan mengambil peluang untuk sell area resistance 0.8580. Strong support area terletak pada paras 0.8300/30. Jika ianya berjaya di pecahkan maka satu massive head and shoulder pattern akan terbentuk dengan support terdekat terletak pada 0.8100 dan mungkin boleh turun ke paras terendah 0.7600.

Namum saya mungkin salah. pair ini mungkin boleh meningkat lebih tinggi sehingga melepas resistance 0.8505. Jika ini berlaku, next resistance terletak pada 0.8640 dan seterusnya di area 0.8700.

All in all, saya masih lagi mengekalkan bearish bias untuk pair ini.

Thanks.

Shufaad

The Authentic Trader

Buka real akaun di sini: http://bit.ly/SayaTrader

 

Analisis Teknikal: GBPJPY – 21 Feb 2017

Salam.

GJ atau the beast atau di kenali juga sebagai the dragon merupakan satu pair yang sangat volatile. Saya tidak menggalakkan newbie untuk trade pair ini Kalau baru nak belajar trading, better stick dengan major pairs sahaja. Yg ni kita tinggalkan pada orang lama.

Berdasarkan kepada chart daily pair ini, ianya sedang berada di dalam satu bullish pennant pattern yang sedang menghampiri titik apex nya. Dan jika prior trend di ambil kira, maka ada kemungkinan pair ini akan break to the upside.

Target profit boleh menggunkan saiz flag pennant ini tetapi saya suka melihat kepada paras resistance terhampir untuk di jadikan target. Resistance 1 terletak pada paras 142.75, resistance 2 pada paras 144.50 manakala resistance 3 terletak pada 148.30.

Lebih menarik lagi, RSI juga mencatatkan lower highs dan higher lows- menyerupai pattern pennant seperti price.

Kesimpulannya, saya expect price akan meningkat dan pair ini akan membuat satu bullish breakout.